Usia dan Kesuburan

Terdapat banyak sebab yang boleh memberi kesan terhadap kesuburan anda. Dari masalah dalam rahim, kepada masalah sperma yang tidak cukup, kadang-kadang sebab sebab mengapa wanita gagal hamil tidak dapat ditentukan dengan jelas.

Walaubagaimanapun, kesuburan sangat berkait rapat dengan usia. Kadar kelahiran berkurangan secara beransur -ansur bermula pada awal 30'an. Kekurangan akan lebih ketara pada lewat 30 dan 40 an. Pada usia 30 tahun, kadar ketidaksuburan cuma 7% tetapi pada usia 40’an masalah ini meningkat kepada 33%.

Perkara-perkara yang boleh menganggu kesuburan

Bilangan telur dalam ovari

Wanita mempunyai jutaan telur pada disaat mereka dilahirkan tetapi cuma segelitir saja yang sesuai untuk disenyawakan. Telur akan berkurangan mengikut usia. Apabila wanita mula datang haid kali pertama, dia mempunyai 400,00 telur didalam ovari. Setiap kali kitaran haid, beberapa biji dari telur-telur ini akan berkembang tetapi cuma satu sahaja yang akan menjadi matang. Makin lama telur-telur ini akan kehabisan dan apabila wanita mencapai usia menopos, cuma segelintir dari telur telur ini yang tinggal didalam ovari. Oleh sebab itu, wanita semakin kurang subur apabila menigkat usia.

Kualiti telur

Merujuk kepada telur yang matang dan sesuai untuk disenyawakan. Telur ini perlu mempunyai bentuk yang sesuai dan sihat, serta kromosom yang normal. Cuma telur begini akan menjadi embrio yang membesar menjadi bayi yang sihat. Apabila usia meningkat, telur akan menjadi kurang bermutu, lemah serta tidak berupaya untuk menjadi embrio yang sihat. Telur berkualiti semakin kurang jumlahnya apabila usia semakin bertambah.

Komplikasi telur yang tiada kualiti

  • Ketidaksuburan yang tidak dapat dielakkan
  • Kegagalan IUI dan IVF
  • Kromosom yang tidak normal yang menghasilkan anak seperti Down Syndrome dan kecacatan.
Usia dan Kesuburan Usia dan Kesuburan Reviewed by Unknown on Februari 07, 2014 Rating: 5

Tiada ulasan:

top navigation

Dikuasakan oleh Blogger.