Keguguran danTekanan Perasaan

Doktor, adakah tekanan perasaan boleh menyebabkan keguguran?


Tekanan sebenarnya sudah lama disyaki sebagai penyebab keguguran terutamanya diawal kehamilan tetapi setakat ini tiada bukti kukuh yang boleh menyokong teori tersebut.

Dianggarkan 10-20% kehamilan berakhir dengan keguguran, kebanyakkannya disebabkan oleh kromosom yang tidak normal atau masalah lain menganggu tumbesaran janin.
Selain dari itu, pembekuan darah tidak normal, sistem peranakan yang bermasalah seperti fibroid, polip dan endometriosis dan masalah pada serviks juga boleh menjurus kepada keguguran disamping, kekurangan hormon dan tindakan sistem imun yang menghalang implantasi dari berlaku.

Sebab sebab lain termasuklah kencing manis atau thyroid yang tidak dikawal secukupnya dan masalah perubatan yang lain yang mungkin anda tidak sedari.

Sekiranya anda risau tentang sejarah keguguran anda, jumpa doktor untuk pemerikasaan dan pastikan anda bebas dari masalah perubatan atau sistem peranakan sebelum mencuba untuk hamil sekali lagi.
Keguguran danTekanan Perasaan Keguguran danTekanan Perasaan Reviewed by Unknown on Mac 25, 2014 Rating: 5

Tiada ulasan:

top navigation

Dikuasakan oleh Blogger.