Apa Yang Dijangka Berlaku pada Saat Saat Akhir Kehamilan

sakitbersalinDi saat saat akhir kehamilan, anda mungkin mengalami kontraksi Braxton Hicks yang kerap yang boleh menyebabkan anda percaya bahawa anda mungkin akan bersalin. Kontraksi Braxton Hicks tidak kuat, tidak menyakitkan dan selalunya berakhir selepas 20-30 min. Walaubagaimanpun sekiranya kontraksi Braxton Hicks anda berserta dengan tanda tanda berikut, anda mungkin bakal bersalin dalam masa terdekat atau beberapa hari lagi:


  • Rasa bertenaga dengan tiba tiba dan nak berkemas atau ‘Nesting Instinct’


  • Rasa lega pada bahagian atas perut dan kurang sukar bernafas- Ini disebabkan bayi yang sudah turun atau kepala sudah engage.

  • Kerap kencing- disebabkan tekanan kepala pada pundi kencing

  • Sakit perut

  • Cirit-birit

  • Keluar lendir tercalit darah dari faraj – menunjukkan serviks sudah terbuka akibat tekanan dari kepala bayi

  • Berat badan menurun

  • Sedikit peningkatan dalam tekanan darah

Walaubagaimanapun cuma sesetengah wanita sahaja yang mungkin mengalami tanda tanda tersebut. Sekiranya anda tidak mengalaminya, jangan risau. Badan setiap wanita adalah berbeza dan berubah dari kehamilan pertama dan seterusnya. Jadi apa yanganda mengalami kali pertama mungkin tidak berlaku kali kedua.

Tanda-tanda dibawah menunjukkan anda akan bersalin bila bila masa

  • Lendir faraj bercampur darah yang lebih pekat

  • Sakit perut setiap 5 minit tidak berhenti lebih dari 2 jam

  • Keluar air ketuban- berlaku cuma 15% wanita sahaja

Sekiranya sakit sudah ketara dan anda tidak lagi dapat berdiri sehingga terpaksa berbaring atau duduk untuk menahan sakit, eloklah ke hospital dengan segera. Pada masa ini serviks anda mungkin sudah terbuka melebihi 3 cm.

Apa Yang Dijangka Berlaku pada Saat Saat Akhir Kehamilan Apa Yang Dijangka Berlaku pada Saat Saat Akhir Kehamilan Reviewed by Unknown on April 29, 2014 Rating: 5

Tiada ulasan:

top navigation

Dikuasakan oleh Blogger.