Kelahiran pra-matang ialah kelahiran yang berlaku sebelum kandungan berusia 37 minggu. Ia boleh berlaku secara spontan atau kerana di ‘induced’ disebabkan oleh komplikasi kehamilan.
Menghindari faktor diatas akan memberi peluang untuk kandungan anda menjadi matang (38-42 miggu) .
Sebab-Sebab Kelahiran Pra-Matang
- Uri yang tidak normal
- Masalah pangkal rahim yang longgar
- Jangkitan kuman pada sistem peranakkan
- Masalah perubatan pada ibu seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya
- Masalah pada bayi dalam kandungan
Risiko
Terdapat banyak faktor boleh menjurus kepada kelahiran pra-matang. Sesetengah dapat diatasi oleh anda sendiri seperti:- Merokok
- Minum alkohol
- Menagih dadah
- Badan terlalu kurus
- Kekurangan zat makanan yang keterlaluan
Menghindari faktor diatas akan memberi peluang untuk kandungan anda menjadi matang (38-42 miggu) .
Risiko-risiko lain yang tidak kurang pentingnya termasuklah:
- Gusi berkuman
- Jangkitan kuman
- Hormon tak seimbang
- Pangkal rahim yang longgar( cervical incompetence)
- Rahim terlalu sensitif
- Uri berkedudukan bawah (Placenta Praevia)
- Masalah perubatan seperti darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan sebagainya
- Tekanan emosi yang keterlaluan
- Umur dibawah 17 tahun
- Umur melebihi 35 tahun
- Fibroid
- Kandungan kembar
- Bayi yang tidak normal
- Sejarah kelahiran pra-matang sebelumnya
Tanda-Tanda Kelahiran Pra-Matang
Kelahiran Pra-matang merupakan komplikasi yang sangat serius. Tetapi ramai wanita tidak memahami tanda-tanda awal kelahiran ini. Sekiranya dapat dikesan lebih awal, mungkin ia akan dapat dicegah dan memberikan bayi anda peluang hidup yang besar. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti dibawah, berjumpalah dengan doktor dengan seberapa segera.- Keluar cecair dari faraj terutama bila ia secara tiba-tiba dan banyak
- Pendarahan kecil atau keluar darah bercampur lendir dari faraj
- Sakit perut seperti senggugut atau mengalami 5 kontraksi dalam masa satu jam
- Rasa tekanan dan berat pada pelvis
- Sakit belakang
- Bengkak pada muka dan mata
- Pedih semasa kencing
- Muntah
Bagaimana Untuk Mengurangkan Risiko Kelahiran Pra-Matang
- Hindari dari jangkitan kuman seperti kencing kotor atau jangkitan faraj-amalkan penjagaan faraj yang optimal.
- Amalkan penjagaan dental yang baik-berjumpalah dengan doktor gigi sekiranya ada masalah terutama sebelum merancang untuk hamil.
- Jangan merokok, minum alkohol dan ubatan yang tidak disarankan oleh doktor
- Cegah dehydrasi dengan meminum air 8 gelas sehari.
Rawatan
- Rehat sepenuhnya samada dihospital atau dirumah
- Hindari dari hubungan seks
- Ubatan seperti ventolin mungkin akan digunakan untuk menghentikan kontraksi dan mengurangkan kecutan rahim.
- Suntikan Dexamethasone untuk matangkan paru-paru bayi
- Antibiotik sekiranya anda mengalami sebarang jangkitan
Kelahiran Pra-Matang
Reviewed by Unknown
on
April 21, 2014
Rating:
Tiada ulasan: