Kematian Bayi (Stillbirth)

Kematian bayi atau stillbirth dimaksudkan, kematian bayi selepas 20 minggu kehamilan sehinggalah selepas kelahiran. Satu dalam 200 kehamilan akan berlaku kematian bayi. Empat belas peratus (14%) dari kematian ini berlaku selepas kelahiran dan selebihnya semasa dalam rahim

Tanda-Tanda

Salah satu tanda yang menunjukkan yang ada sesuatu yang tidak kena pada bayi ialah pergerakan bayi yang kurang dengan ketara atau tiada langsung. Sekiranya ia disertai dengan pendarahan faraj, cepatlah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

Diagnosa

Doktor selalunya akan membuat ujian ultrasounds untuk memastikan keadaan bayi anda. Sekiranya tiada degupan jantung bayi kelihatan pada ultrasound, anda akan di diagnosi akan mengalami kematian bayi.

Selepas kematian bayi disahkan, selalunya wanita akan mengalami kelahiran secara semulajadi dalam masa dua minggu, tetapi tidak ramai wanita yang sanggup menunggu. Kelahiran secara ‘induce’ boleh dilakukan sebaik sahaja diagnosa dibuat.

Sekiranya tiada penjelasan yang jelas kenapa kematian itu berlaku, beberapa ujian termasuk bedah siasat (post mortem) mungkin akan dijalankan. Walaubagaimanapun, 1/3 daripada kematian stillbirth tidak diketahui puncanya.

Sebab-Sebab Kematian Stillbirth

Antara punca utama kematian bayi dalam rahim ialah:
  • Kecacatan fizikal, kromosom atau jantung bayi
  • Pendarahan pada uri atau abruptio
  • Ibu yang mengalami kencing manis yang tidak terkawal
  • Eclampsia
  • Jangkitan Kuman
  • Tali pusat terbelit atau tersepit

Pencegahan

Adalah penting untuk anda mendapat penjagaan kehamilan sepanjang tempoh mengandung. Sekiranya anda berisiko tinggi seperti mengalami darah tinggi dan atau kencing manis, pemantauan akan menjadi lebih mendalam dan kerap dari biasa.

Doktor mungkin akan menyarankan penggunaan carta pergerakan anak semasa kandungan 30 minggu ke atas. Sekiranya bayi kurang mengalami pergerakan kurang dari 10 sehari, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

Peluang untuk hamil selepas mengalami kematian stillbirth tetap ada. Walaubagaimanapun, bagi peluang untuk badan dan emosi untuk sembuh sepenuhnya, sebelum mencuba lagi. Kebarangkalian untuk kejadian ini berulang bergantung kepada punca kematian stillbirth yang pertama. Bagi kematian yang disebabkan oleh janin yang tidak normal, agak jarang ia berulang lagi pada kehamilan seterusnya. Andainya anda hamil lagi, berjumpa dengan doktor untuk untuk pemeriksaan awal agar ketidaknormalan dapat dikesan dengan lebih awal.
Kematian Bayi (Stillbirth) Kematian Bayi (Stillbirth) Reviewed by Unknown on April 20, 2014 Rating: 5

Tiada ulasan:

top navigation

Dikuasakan oleh Blogger.