Fakta Ovarian Cyst Yang Anda Perlu Tahu

    ovacyst
  • Ovarian cyst adalah poket yang mengandungi cecair yang terbentuk di dalam ovari.
  • Terdapat pelbagai  jenis ovarian cyst dan kebanyakkan daripada ovarian cyst adalah bukan kanser sepertimana yang ditakutkan.

  • Umur , kesuburan, dan haid memainkan peranan besar dalam menentukan jenis Ovarian cyst.
  • Bagi mereka yang berusia 60 keatas, ia lebih berkait dengan kanser.
  • Bagi mereka yang muda, mengalami senggugut dan masalah kesuburan kemungkinan besar ia endometriotic cyst.
  • Cyst yang dijumpai semasa hamil lebih dikaitkan dengan Dermoid Cyst atau Corpus Luteal Cyst.
  • Corpus luteal cyst selalunya akan hilang dengan sendiri selepas 12 minggu kehamilan.
  • Dermoid cyst selalunya akan membesar secara beransur- ansur dan boleh wujud di kedua dua belah ovari.
  • Dermoid Cyst selalunya mengandungi lemak, gigi dan rambut didalamnya.
  • Endometriotic cyst mengandungi darah yang berupa seperti coklat cair didalamnya.
  • Corpus luteal cyst pula mengandungi cecair didalamnya.
  • Diagnosa Ovarian cyst dengan senang dapat dibuat melalui ujian ultrasounds.
  • Risiko ovarian cyst termasuklah terpusing atau twisted yang menyebabkan kesakitan , pendarahan dalam cyst, jangkitan kuman dan pecah.
  • Pembedahan pilihan ovarian cyst adalah menggunakan pembedahan Laparoscopy.
  • Kebaikan pembedahan laparoskopi termasuk kurang kesakitan selepas pembedahan, parut yang kecil, tempoh pemulihan yang cepat.
  • Risiko Komplikasi terhadap laparoscopy termasuklah luka pada usus, salur darah ,pundi kencing, jangkitan kuman dan hernia walaubagaimanapun, kajian menunjukkan risiko adalah lebih kurang berbanding dengan kaedah ‘Laparotomy’.
  • Risiko untuk endometriotic cyst tumbuh semula  adalah 10% dalam masa setahun dan 40% dalam masa 5 tahun

Fakta Ovarian Cyst Yang Anda Perlu Tahu Fakta Ovarian Cyst Yang Anda Perlu Tahu Reviewed by Unknown on Mei 18, 2014 Rating: 5

Tiada ulasan:

top navigation

Dikuasakan oleh Blogger.