Memilih Doktor Yang Sesuai

doktorpesakitDoktor adalah individu yang paling penting pada anda semasa hamil, selain dari pasangan dan kaum keluarga anda. Beliaulah yang akan menjadi tempat rujukan, meminta pandangan dan nasihat tentang segala yang berkaitan dengan kehamilan anda. Oleh itu, pemilihan doktor bersalin adalah satu aspek yang penting dan harus diberikan perhatian oleh setiap pasangan yang berhasrat menimang cahaya mata. Pilihlah doktor yang sesuai dan dapat memberikan keselesaan kepada anda sama ada di hospital mahupun klinik swasta.


Jika anda menghadapi masalah dalam pemilihan doktor yang sesuai, anda disarankan supaya menggunakan tip-tip berikut sebagai panduan. Anda digalakkan memilih:

  • Doktor yang mempunyai Sarjana Obstetric dan Gynecology yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
  • Doktor yang berpengalaman dan mempunyai kerjaya dalam bidang obstetrik melebihi 5 tahun serta berupaya merawat pesakit berisiko tinggi.
  • Doktor yang bertugas di hospital atau klinik yang berhampiran dengan rumah anda, terutama jika anda mempunyai masalah semasa hamil.
  • Doktor yang tempat tinggal berhampiran dengan hospital atau di tempat dia bertugas kerana sekiranya berlaku kecemasan, beliau akan datang dengan lebih cepat untuk memeriksa anda.
  • Doktor yang bertugas di hospital atau klinik swasta yang mempunyai cukup kelengkapan termasuk pakar bius dan pakar bayi yang berkhidmat  24 jam.
  • Doktor lelaki atau perempuan? Ia terpulang kepada anda. Apa yang penting, anda berasa selesa setiap kali berbual atau bertanya soalan dalam sesi pemeriksaan.
  • Doktor yang peramah, bersikap terbuka dan senang berkomunikasi dengan anda.
  • Doktor yang boleh merancang temujanji anda. Ini bagi mengelakkan anda daripada menunggu terlalu lama setiap kali membuat temujanji.
  • Doktor yang bekerja pada waktu kecemasan ataupun luar waktu klinik jika diperlukan.
  • Doktor yang mempunyai rekod baik dalam pengurusan kehamilan bermaksud, mempunyai kadar pembedahan cesarean atau kelahiran forceps/vacuum yang lebih rendah. Anda boleh mendapatkan maklumat dan latar belakang seseorang doktor itu sama ada melalui kaji selidik anda sendiri ataupun rekomendasi sanak saudara dan kawan-kawan.
  • Doktor yang berkongsi VISI yang sama dengan anda sekiranya anda seorang naturalis, sebagai contoh, menggalakkan penyusuan susu badan yang penuh dan kelahiran normal.
Memilih Doktor Yang Sesuai Memilih Doktor Yang Sesuai Reviewed by Unknown on Mei 12, 2014 Rating: 5

Tiada ulasan:

top navigation

Dikuasakan oleh Blogger.