Menangani sakit-sakit kecil semasa hamil

Sebelum mengandung, masalah sakit dan demam kecil memang senang untuk diatasi kerana ubat-ubatan senang diperolehi dimana-mana. Kalau sakit kepala makan saja ubat tahan sakit, kalau demam telan sahaja ubat demam. Tetapi apabila anda hamil, segalanya berubah!

Sekiranya anda boleh, elakkan semua ubat-ubatan semasa awal mengandung iaitu pada 3 bulan pertama kerana pada masa itu bayi membentuk dengan kadar yang sangat cepat. Lebih bagus sekiranya anda tidak mengambil sebarang ubat sepanjang tempoh kehamilan awal ini.


Kebanyakkan wanita yang takut memakan ubat yang dipreskripsikan doktor mungkin beralih kepada ubat-ubatan traditional kerana menyangka ubat ini selamat tetapi ada juga ubat traditional dan herba semulajadi yang boleh mendatang kemudaratan kepada pesakit. Ramai wanita menyangka yang ia bukan sejenis ubat dan membuat keputusan untuk tidak memberitahu doktor.

Sakit kepala


Ibu hamil tidak disarankan mengambil ubat seperti aspirin atau ubatan yang terdiri dari kumpulan NSAIDs. Panadol walaubagaimanapun adalah selamat. Sakit kepala yang biasa boleh dilegakan dengan mengurangkan tekanan dan dengan mengamalkan teknik relaksasi. Hindarkan dari makanan yang boleh menyebabkan sakit kepala seperti coklat dan minuman bercafin. Mereka yang menghadapi migrane mungkin perlu mendapat ubat yang lebih kuat dengan preskripsi doktor.

Sakit urat dan lenguh-lenguh


Selalunya akan hilang dengan sendiri. Anda boleh menggosok dan meletakkan kain atau menda suam di tempat yang sakit. Panadol juga boleh mengurangkan sakit. Sekiranya ia tidak juga berkurangan selepas beberapa hari, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.

Loya dan muntah


Doktor sebenarnya lebih suka untuk tidak memberikan sebarang preskripsi untuk loya, sebaliknya menyarankan memakan makanan dengan kadar sedikit tetapi lebih kerap. Hindarkan makanan pedas dan berkari.

Pedih ulu hati dan ketidakhadaman


Kebanyakan antacid adalah selamat untuk dimakan pada mana-mana peringkat bersalin. Jangan risau untuk mengambilnya. Kurang makanan berminyak, pedas dan minuman berkafin.

Demam selsema


Minum air secukupnya untuk rehidrasi, menyedut wap panas boleh menolong mengurangkan selsema dan hidung tersumbat. Sekiranya anda mengalami selsema yang teruk dan ia terjadi di awal mengandung, spray hidung akan adalah selamat digunakan. Selepas semester pertama, antihistamine biasa adalah selamat digunakan.

Batuk-batuk


Ubat batuk selalunya selamat digunakan asalkan tidak mengandungi alcohol. Berbincang dengan doktor anda untuk rekomendasi yang lebih baik bagi wanita hamil.








Menangani sakit-sakit kecil semasa hamil Menangani sakit-sakit kecil semasa hamil Reviewed by Unknown on Mei 15, 2014 Rating: 5

Tiada ulasan:

top navigation

Dikuasakan oleh Blogger.