Pedih Ulu Hati, juga dikenali sebagai gastroesophageal penyakit refluks (GERD) adalah disebabkan oleh isi kandungan perut yang undur ke belakang sehingga ke dalam esofagus, iaitu salur pemakanan yang membawa makanan dari mulut ke perut anda. Apabila ini berlaku, asid perut memberi iritasi kepada lapisan esofagus menyebabkan anda rasa pedih dan seperti terbakar pada ulu hati. Ia berlaku pada sesetengah daripada wanita hamil dan kerap dikelirukan dengan simtom penyakit jantung.
Rembesan hormon Progesteron menyebabkan sistem pencernaan menjadi perlahan dan perut mengambil masa yang lebih lama untuk mengosongkan makanan. Ini untuk memastikan serapan maksima nutrien dan zat makanan ke dalam darah untuk menyokong tumbesaran bayi.
Walau bagaimanapun, perubahan hormon ini juga menyebabkan otot esofagus menjadi longgar dan menyebabkan asid perut naik ke dalam esofagus yang menyebabkan rasa sakit pada ulu hati.
Disebabkan perut yang semakin membesar, perut akan tertolak ke atas dan menjadi mampat. Hasil dari tekanan ini akan memaksa asid perut undur ke belakang dan seterusnya menyebabkan sakit ulu hati.
Gejala tipikal kesan daripada sakit Ulu Hati termasuklah ketidakselesaan, pedih atau rasa panas pada tulang dada. Pesakit juga kerap mengadu rasa senak, rasa masam di tekak, kerap sendawa dan rasa kembung walaupun cuma memakan sedikit makanan.
Simtom ini akan lebih kerap terasa apabila berada dalam kedudukan berbaring dan semasa menundukkan badan.
Pedih ulu hati memang tidak menyenangkan, tetapi anda boleh mengambil langkah-langkah di bawah untuk mengurangkan ia dari terjadi dengan lebih kerap.
Jika pedih ulu hati menjadi lebih ketara, doktor anda mungkin akan menyarankan ubat gastrik bagi mengurangkan kepekatan asid dalam perut. Walau bagaimanapun anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar kerana tidak semua ubat gastrik sesuai di ambil semasa hamil. Sebagai contoh, Antasid walaupun ia selamat untuk dimakan tetapi mengandungi kandungan garam yang tinggi dan tidak sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai darah tinggi semasa hamil.
Elakkan sebarang ubat tahan sakit yang mengandungi aspirin dalam dos ysng tinggi dan pastikan doktor anda diberitahu sebarang sejarah perubatan yang lepas seperti penyakit usus, ulcer perut atau pemeriksaan Endoskopi.
Dalam keadaan yang lebih serius, doktor mungkin akan mencadangkan satu prosedur yang dipanggil Endoskopi untuk melihat kemungkinan ada sebarang luka dalam esofagus atau perut anda. Sekiranya simtom menjadi lebih teruk, terdapat rawatan yang lebih berkesan dan selamat semasa hamil.
Punca Terjadi Pedih Ulu Hati

Pencegahan dan penjagaan diri untuk pedih ulu hati
Pedih ulu hati memang tidak menyenangkan, tetapi anda boleh mengambil langkah-langkah di bawah untuk mengurangkan ia dari terjadi dengan lebih kerap.
- Makan makanan pada kuantiti yang kecil tetapi dengan kadar yang lebih kerap.
- Sediakan dairi pemakanan, pastikan makanan mana yang kerap memberikan masalah dan elak daripada memakannya.
- Menjauhkan diri daripada makanan berlemak, berminyak atau digoreng.
- Kurangkan minuman berkafin seperti kopi, teh dan coklat
- Jangan minum air berkarbonat, makanan yang sangat manis atau berasid seperti buah-buahan sitrus seperti limau.
- Banyakkan minum air terutamanya air putih.
- Duduk dengan postur yang baik dan elak dari membongkok. Bengkok pada lutut bukan pada pinggang.
- Tunggu satu jam atau lebih lama selepas makan sebelum anda berbaring.
- Elakkan makan selama 2-3 jam sebelum anda masuk tidur. Perut yang kosong mengurangkan rembesan asid dalam perut.
- Elakkan dari berbaring rata. Apabila berehat atau tidur, sokong badan anda supaya kepala dan bahu lebih tinggi.
- Jangan merokok dan meminum alkohol.
Rawatan perubatan untuk pedih ulu hati
Jika pedih ulu hati menjadi lebih ketara, doktor anda mungkin akan menyarankan ubat gastrik bagi mengurangkan kepekatan asid dalam perut. Walau bagaimanapun anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar kerana tidak semua ubat gastrik sesuai di ambil semasa hamil. Sebagai contoh, Antasid walaupun ia selamat untuk dimakan tetapi mengandungi kandungan garam yang tinggi dan tidak sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai darah tinggi semasa hamil.
Elakkan sebarang ubat tahan sakit yang mengandungi aspirin dalam dos ysng tinggi dan pastikan doktor anda diberitahu sebarang sejarah perubatan yang lepas seperti penyakit usus, ulcer perut atau pemeriksaan Endoskopi.
Dalam keadaan yang lebih serius, doktor mungkin akan mencadangkan satu prosedur yang dipanggil Endoskopi untuk melihat kemungkinan ada sebarang luka dalam esofagus atau perut anda. Sekiranya simtom menjadi lebih teruk, terdapat rawatan yang lebih berkesan dan selamat semasa hamil.
Pedih Ulu Hati Semasa Hamil
Reviewed by Unknown
on
Mei 21, 2014
Rating:
Tiada ulasan: