Tabung darah tali pusat swasta mengenakan yuran untuk penyimpanan darah tali pusat anak anda dan ia memastikan anda mendapat manfaat penyimpanan tersebut bila perlu. Walaubagaimanapun, peluang untuk anak anda memerlukan darah tersebut sebagai rawatan dimasa hadapan adalah sangat rendah. Lagipun, penyakit yang boleh dirawat mengunakan darah tali pusat pula jarang berlaku seperti leukemia, lymphoma, sickle cell anemia, aplastic anemia, masalah penyakit imun rendah dan lain-lain. Sekiranya pun anak anak mengalami masalah ini dimasa hadapan, darah tali pusat tidak semestinya menjadi rawatan yang terbaik untuknya.
Apa itu sel stem tali pusat?
Sel Stem adalah sel-sel tidak matang yang boleh bertukar kepada sel-sel jenis yang lain yang boleh membiak dengan sendirinya untuk membentuk sel-sel organ yang lain dalam badan kita. Sel Stem boleh digunakan untuk merawat penyakit yang berkait dengan darah seperti leukemia, lymphoma, aplastic anemia dan lain-lain.
Ia juga boleh digunakan untuk merawat sel sum-sum tulang yang rosak semasa rawatan kemoterapi atau radioterapi. Semasa rawatan, darah ini akan di suntik kedalam darah dengan harapan ia akan membentuk sel-sel baru yang sihat. Dimasa hadapan sel-sel ini mungkin akan digunakan untuk merawat penyakit seperti diabetes , Alzheimer's dan lain tapi setakat ini ia cuma sebahagian dari teori sahaja.
Bagaimana sel stem tali pusat ini dikumpulkan?
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, tali pusat bayi akan di kepit dan dipotong. Dengan mengunakan pembersih kuman, doktor akan menyuntik jarum pada tali pusat dan darah dalam talipusat akan mengalir kedalam plastik bag. Keseluruhan prosedur cuma mengambil masa beberapa minit sahaja dan ia adalah selamat kepada ibu dan bayi.Tidak semua sel stem tali pusat berjaya diambil, Sekiranya berlaku komplikasi kelahiran, doktor akan lebih menumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah tersebut daripada mengambil darah tali pusat tersebut.
Berapa lama darah tali pusat ini dapat bertahan semasa disimpan?
Sebaik sahaja dikumpulkan, darah akan dibawa ke tempat peyimpanan dan akan dibekukan. Darah tali pusat apabila disimpan dengan baik dapat bertahan sehingga 10 tahun.Adakah darah tali pusat satu-satu sumber sel stem?
Tidak. Sel stem yang sama juga boleh didapati pada sum-sum tulang. Kedua-dua sumber ini mengandungi sel hematopoietic progenitor (HTC) yang boleh disuntik pada pesakit untuk membaik-pulih bekalan sel-sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Secara teori, sel-sel ini juga mungkin akan dapat membentuk sel asas yang lain yang boleh digunakan untuk membaik-pulih organ lain.HTC adalah berbeza dengan sel stem embryonic yang datang dari embrio. Sel stem embryonic boleh memberi sel-sel asas penting yang lain, tetapi kerana ia melibatkan kemusnahan embrio, ia memberikan persoalan terhadap etika perubatan dan sehingga kini penyelidikan tentang pengunaan embryo sebagai sumber sel stem ini masih hangat diperdebatkan.
Apa bezanya diantara sel stem daripada tali pusat dan daripada sum-sum tulang?
Keduanya menpunyai sel HPC yang boleh digunakan untuk merawat penyakit berkait dengan darah. Darah tali pusat mempunyai kelebihan kerana sel imun didalamnya adalah tidak matang dan kurang rejeksi terhadap transfusi. Kelebihan yang lain : ia lebih selamat dan senang dikumpulkan. Menderma sum-sum tulang pula memerlukan proses yang lebih kompleks dan menyakitkan, juga terdapat risiko jangkitan kuman dan kesan sampingan dari ubat bius. Walaubagaimanapun, sel stem dari tali pusat mengambil masa yang lebih lama untuk memberi kesan terhadap rawatan berbanding sum-sum tulang.Apakah kebaikkannya sekiranya saya ingin menyimpan dengan tabung darah tali pusat swasta?
Persatuan Academy of Pediatrics dari America menyarankan penyimpanan darah tali pusat kepada ibubapa cuma apabila terdapat anak mereka yang mengalami penyakit seperti diatas, dan anak yang seterusnya mungkin bermanfaat dari penyimpanan darah tali pusat. Walaubagaimanapun persatuan tersebut tidak menyarankan kepada semua ibupada untuk penyimpanan kerana pada dasarnya cuma terdapat 1 dalam 1000 sehigga 1 dalam 200000 peluang yang anak anak mungkin akan mengunakan darah yang disimpan dimasa hadapan.Apa yang saya perlu buat sekiranya saya merancang untuk menyimpan darah tali pusat saya untuk kegunaan saya dimasa hadapan?
Buat kajian sedikit tentang tabung-tabung darah tali pusat swasta yang ada di Malaysia. Pastikan anda memilih tabung darah yang mempunyai reputasi yang baik dan kadar yuran yang tidak terlalu tinggi. Baca dengan teliti hak-hak anda semasa perbincangan dan bertanya soalan kepada agen sekiranya keliru. Anda juga boleh cuba mendapat nasihat dari doktor anda samada anda perlu mendapatkan khidmat tersebut berdasarkan latar belakang keluarga anda.
Sel Stem Tali Pusat
Reviewed by Unknown
on
Mei 09, 2014
Rating:
Tiada ulasan: