10 kebaikan kelahiran cesarean elektif yang mungkin anda tidak tahu.


bb
Kelahiran secara caesarean menjadi semakin popular kebelakangan ini, kalau 10 tahun dahulu ia cuma sekitar 15%, hari ini kadar sudah meningkat dua kali ganda dan mungkin setinggi 50% sekiranya kelahiran berlaku di hospital swasta.
Walaupun kelahiran cesarean lebih berisiko berbanding dengan kelahiran normal, kelahiran cesarean yang dibuat secara elektif ( Planned Caesarean) sebenarnya mempunyai kebaikannya yang tersendiri.
Diantaranya:

  1. Kurang rasa takut terhadap kesakitan bersali
  2. Kelahiran tidak berlaku dengan tidak tergesa gesa kerana ia sudah dirancang
  3. Kurang risiko bayi lemas semasa proses bersalin
  4. Kurang rasa trauma akibat dari pemeriksaan faraj yang berulang semasa saat bersalin
  5. Tiada risiko luka teruk pada faraj seperti 3rd atau 4th degree tear
  6. Tiada risiko rahim jatuh ( Utero-vagina prolapse). Faraj tetap pejal dan ketat
  7. Kurang risiko masalah lemah kawalan kencing dan najis
  8. Kurang risiko berlaku kecederaan pada bayi akibat kelahiran forceps,vacuum atau shoulder dystocia.
  9. Kurang risiko fistula diantara pundi kencing ke faraj atau usus ke faraj.
  10. Kurang risiko hubungan seks yang bermasalah dari kesakitan vagina terutama dalam masa 3 bulan selepas bersalin.

Harus diingatkan, kebaikan ini cuma dikaitkan dengan pembedahan elektif. Manfaat diatas hilang sekiranya pembedahan dilakukan secara kecemasan.
Walaubagaimanapun, kelahiran vagina adalah “much much more safer” dan seharusnya digalakkan seandainya tiada indikasi untuk pembedahan caesarean.
10 kebaikan kelahiran cesarean elektif yang mungkin anda tidak tahu. 10 kebaikan kelahiran cesarean elektif yang mungkin anda tidak tahu. Reviewed by Unknown on Jun 15, 2015 Rating: 5

Tiada ulasan:

top navigation

Dikuasakan oleh Blogger.