Secara kasar anda perlu membuat ujian pap sekiranya anda pernah membuat hubungan seks dan berusia dari 21 sehingga 65 tahun. Jika anda berusia lebih daripada 30 tahun dan mempunyai tiga ujian pap yang normal berturut-turut dengan ujian HPV menunjukkan keputusan negatif, anda cuma perlu membuat Ujian pap 5 tahun sekali. Bagi wanita yang berusia 65 yang mempunyai sejarah keputusan ujian pap normal sebelumnya, beliau tidak lagi perlu menjalani ujian pap pada masa hadapan.
Persediaan untuk ujian pap
Pastikan anda tidak mengalami haid dan cuba elak dari membuat hubungan seks, membilas faraj (douching), atau menggunakan produk pembunuh sperma (spermicidal) dua hari sebelum pemeriksaan kerana ini boleh mengganggu keputusan pap test anda dan menyebabkan ia kurang tepat.Bagaimana Ujian Pap dibuat
Semasa prosedur, anda akan berbaring di atas katil dengan mengangkangkan kaki anda. Doktor anda akan perlahan-lahan memasukkan alat yang dipanggil spekulum ke dalam faraj untuk memberikan akses kepada serviks anda. Kemudian dengan lembut, doktor akan mengikis sel-sel daripada serviks anda menggunakan alat yang dipanggil spatula. Kebanyakan wanita merasa sedikit tidak selesa atau sedikit sakit semasa saat ini tetapi sakit akan hilang dengan cepat. Sampel sel daripada serviks anda akan dihantar ke makmal untuk diuji kehadiran sel-sel yang tidak normal. Anda mungkin mengalami pendarahan faraj kecil selepas ujian tetapi ia akan hilang selepas beberapa hari.Keputusan ujian pap
Terdapat dua hasil yang mungkin daripada ujian pap iaitu normal atau tidak normal. Jika keputusan anda adalah normal, ulangan pap hanya perlu dibuat selepas tiga tahun. Jika keputusan ujian tidak normal, ini tidak bermakna anda menghidap kanser. Ia hanya bermaksud terdapat sel-sel yang tidak normal pada serviks anda dan penyiasatan susulan akan dibuat untuk mengetahui jenis ketidak-normalan. Doktor anda mungkin mencadangkan ujian pap ulangan atau satu prosedur yang dipanggil kolposkopi untuk melihat tisu serviks dengan lebih dekat. Pemeriksaan ini menggunakan alat seperti mikroskop yang dapat melihat tisu serviks dengan 10 kali pembesaran. Sampel tisu serviks iaitu biopsi selalunya diambil dalam masa yang sama untuk dihantar kemakmal. Ujian pap adalah sangat tepat dan kajian menunjukkan ujian pap mengurangkan kadar kanser serviks dan kematian sehingga 80 peratus.
UJian Pap Untuk Mengesan Kanser Pangkal Rahim (Serviks)
Reviewed by Unknown
on
Februari 28, 2017
Rating:
Tiada ulasan: