Sekiranya anda mendapati ada ketulan pada payudara. Jangan panik. Tisu payudara secara semulajadi mempunyai tekstur yang beralun (tidak rata) dan bagi sesetengah wanita, tekstur sebegini lebih ketara daripada wanita yang lain.
Untuk memastikan ia bukan sesuatu yang serius, periksa payudara anda yang sebelah lagi. Jika kedua-dua payudara mempunyai rasa dan tekstur yang sama, benjolan tersebut kemungkinan besar normal dan anda tidak perlu risau
Walaubagaimanapun, jika ketulan tersebut baru sahaja anda temui dan tidak hilang selepas walau haid sudah berakhir, anda mungkin ingin membuat temujanji dengan doktor anda.
Anda juga perlu berjumpa doktor dengan segera jika anda perasan ada perubahan pada puting payudara seperti lekok (kulit tertarik ke dalam) atau anda mendapati keluar cecair dari puting anda.
Doktor anda mungkin akan mencadangkan ujian Mammogram (MMG) untuk melihat sebarang tanda kanser payudara jika benar ketulan ditemui.
Sekiranya anda pernah menjalani ujian MMG sebelumnya, bawa salinan filem Mammogram itu untuk doktor membuat perbandingan.
Ujian Ultrasound payudara mungkin akan dibuat sebagai ujian tambahan untuk mendapatkan keputusan optimal terutama bagi wanita yang mempunyai payudara yang padat atau anda didapati mengalami sista payudara.
Gejala Lain- Lain
- Bengkak di semua atau sebahagian daripada payudara
- Iritasi pada kulit.
- Perubahan pada salah satu saiz payudara
- Sakit berpanjangan pada payudara atau puting.
- Puting tertarik kedalam (puckering)
- Kemerahan, bersisik,atau penebalan pada kulit puting atau payudara.
- Keluar darah dari puting
- Ada Benjolan Pada ketiak
Jumpa doktor anda hari ini.
Apa yang anda perlu buat sekiranya anda terjumpa benjolan pada Payu Dara anda
Reviewed by Unknown
on
Julai 07, 2017
Rating:
Tiada ulasan: