
Lendir yang keluar dari vagina atau keputihan kerap terjadi di kalangan wanita dan ia terjadi kepada setiap peringkat usia. Keputihan faraj normal adalah gabungan air, bakteria dan sel-sel mati dari lapisan dinding faraj anda yang dirembeskan setiap hari dari vagina.
Kebanyakkan dari lendir ini adalah rembesan badan semulajadi dan tidak membahayakan, walau bagaimanapun segelintir dari lendir ini mungkin tanda suatu yang tidak normal pada sistem peranakan anda.
Persoalannya adalah bagaimana untuk mengetahui ia normal atau tidak normal
Berikut adalah beberapa ciri keputihan yang boleh membezakan samada ia normal atau tidak.Tebal dan berwarna putih
Jika ia berlaku beberapa hari sebelum haid bermula dan beberapa hari selepas haid berakhir, keputihan ini selalunya normal.
Nipis dan tidak berwarna seperti telur putih
Jika rembesan ini berlaku dengan banyak di tengah bulan ia bermakna anda dalam tempoh subur. Rembesan lendir ini menjadi pelincir bertujuan untuk melancarkan perjalanan sperma ke dalam rahim, jadi ia normal dan semulajadi.

Keputihan sedikit berwarna coklat
Keputihan ini normal sekiranya ia berlaku selepas haid anda tamat. Ia cuma menunjukkan terdapat sedikit darah haid lama anda yang masih tertinggal di dalam faraj.
Keputihan berair tidak berbau dan tidak gatal
Sekiranya ia tidak berbau atau berbau sedikit sahaja dan tiada rasa gatal, tiada sebab untuk anda risau.
Keputihan tebal disertai dengan gatal
Faraj yang gatal selalunya menunjukkan anda mengalami jangkitan dan sekiranya ia disertai dengan keputihan yang pekat, anda mungkin mempunyai jangkitan yis, bacterial vaginosis atau jangkitan lain yang perlu dirawat.
Keputihan berwarna kuning kehijauan
Keputihan selalu berwarna putih tetapi sekiranya ia disertai dengan warna kehijauan, ia mungkin menunjukkan ada jangkitan serius seperti Jangkitan trichomoniasis yang dijangkiti melalui hubungan seks. Jangkitan ini kerap disertai dengan bau yang busuk, gatal dan pedih pada faraj.
Keputihan bercampur darah
Keputihan bercampur darah selalunya tanda berlaku radang pada pangkal rahim tetapi ia juga mungkin tanda serius seperti kanser serviks. Jika ia berlaku, sudah tiba masanya untuk anda buat ujian pap atau berjumpa pakar sakit puan anda.
Apa yang perlu anda lakukan?
Sekiranya anda kerap mengalami keputihan dan anda masih tidak pasti ia normal atau tidak, eloklah anda berjumpa dengan doktor kerana jangkitan kuman yang tidak dirawat boleh memberikan komplikasi yang serius pada sistem peranakan anda.Jumpa dokor anda hari ini
Bagaimana membezakan KEPUTIHAN normal dan tidak normal
Reviewed by Unknown
on
Julai 10, 2017
Rating:
Tiada ulasan: