Hidup dan Mati Sperma

Sperm

Selepas ejakulasi, sperma akan terdedah kepada udara apabila tercalit pada pakaian, cadar atau tempat duduk. Ia akan kehilangan upaya berenang dengan serta merta dan mati dengan cepat.

Di dalam faraj wanita, kebanyakkan sperma mati dalam tempoh kurang daripada 30 minit tetapi dalam rahim, pangkal rahim dan tiub fallopian, sperma boleh hidup sehingga 5 hari.

Jadi jika anda bersetubuh lima hari sebelumnya, anda masih boleh hamil sekiranya anda mengalami ovulasi hari ini. Walau bagaimanapun, kadar kematian sperma menjadi lebih cepat sekiranya vagina lebih berasid.

Sperma yang diproses di dalam suhu makmal dan dibiarkan dalam medium nutrien yang optimum seperti yang dilakukan untuk prosedur IVF, boleh kekal hidup sehingga tujuh hari.

Sampel sperma yang diambil ke dalam bekas steril boleh kekal hidup sehingga 2 jam, tetapi keupayaan mereka untuk bersenyawa dengan telur jatuh secara mendadak selepas 60 minit.

Untuk memaksima peluang persenyawaan di antara telur dan sperma, bersetubuhlah semasa ovulasi.
Ovulasi boleh dijangka dengan tepat menggunakan alat seperti OVULASI KIT. Sekiranya terdapat dua jalur yang terang, ovulasi akan terjadi dalam masa 24 hingga 48 jam. Pada masa ini anda dalam keadaan paling subur dan peluang hamil akan menjadi tinggi.

Terdapat kajian perubatan yang menunjukkan memakan asid folik dan Zinc boleh membantu meningkatkan kadar kesihatan dan bilangan sperma.
Hidup dan Mati Sperma Hidup dan Mati Sperma Reviewed by Unknown on Julai 12, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.