Jika anda ada Ketulan Pada Faraj, ia mungkin Sista Bartholin

sista-bartholin


Soalan

Saya mendapati sebiji ketulan bibir faraj saya. Ia kira-kira saiz buah anggur dan agak menyakitkan apabila ditekan. Saya juga mengalami keputihan yang tebal dan pekat keluar dari faraj saya. Saya tidak perasan bila bengkak ini bermula tetapi saya benar benar takut sekiranya ia sejenis kanser.

Jawapan



Anda berkemungkinan mengalami keadaan yang dipanggil Sista Bartholin yang terhasil apabila kelenjar Bartholin yang berada pada bibir faraj tersumbat. Kelenjar Bartholin bertindak dengan memberikan lubrikasi semulajadi semasa hubungan seks dengan merembes cecair pelincir.
Malangnya kelenjar ini mudah tersumbat dan ia akan membentuk ketulan sista. Pada saat ini, anda selalunya tidak merasa sakit dan cuma perasan ada ketulan keras pada bibir anda.

Sekiranya jangkitan kuman terjadi pada kelenjar ini, Sista Bartholin akan bernanah dan anda mungkin akan mengalami sakit yang ketara.
Kemerahan yang anda alami menunjukkan anda sudah ada jangkitan kuman dan sekiranya anda juga mengalami jangkitan yis dalam masa yang sama.

Elok berjumpa doktor untuk kepastian kerana bengkak pada bibir mempunyai punca yang banyak. Sekiranya anda berusia 40’an elok jumpa doktor anda segera untuk mempastikan ia bukan sesuatu yang lebih serius seperti kanser.

Rawatan untuk Sista Bartholin yang bernanah termasuk antibiotik. Sekiranya ia menyakitkan, doktor mungkin akan mencadangkan pembedahan kecil yang dipanggil Marsupiliazation untuk membuang nanah yang berkumpul dalam sista tersebut.

Sista Bartholin boleh berlaku berulang kali dan sekiranya ia terjadi, doktor mungkin akan menyarankan pembuangan kelenjar Bartholin sebagai langkah yang terakhir untuk mengelak dari ia berulang semula.
Jika anda ada Ketulan Pada Faraj, ia mungkin Sista Bartholin Jika anda ada Ketulan Pada Faraj, ia mungkin Sista Bartholin Reviewed by Unknown on Julai 17, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

top navigation

Dikuasakan oleh Blogger.