Kenali Pil kecemasan atau 'after morning Pill'

postinor

Morning after Pill adalah adalah salah satu cara perancang kecemasan untuk menghalang wanita dari hamil selepas hubungan seks.
Ia sebenarnya sudah wujud sejak sekian lama tetapi tidak ramai wanita sedar tentang kewujudan pil sebegini. Morning after Pill sesuai kepada wanita yang tidak mempraktis sebarang kaedah pencegah kehamilan semasa hubungan seks berlaku.

Begini caranya ia bertindak. Persenyawaan sebenarnya jarang berlaku serta merta selepas hubungan seks. Ia mengambil masa untuk sperma berenang kedalam rahim wanita sebaik ejakulasi.

Tempoh di antara ejakulasi dan persenyawaan mungkin berjam lamanya, jadi inilah asasnya Pill 'morning after'. Ia menghalang persenyawaan dan implantasi hasil dari tindakan hormon progestin.
Ramuannya pil ini lebih kurang sama dengan pill perancang, cuma ia dalam dos yang agak tinggi.

Terdapat 2 jenis, satu mengandungi progestin sahaja satu lagi mengandungi kombinasi progestin dan estrogen.

Caranya; progestin menyebabkan cecair fallopian menjadi likat dan penghalang sperma dari mendekati telur dan sekiranya persenyawaan berlakupun, progestin akan menyebabkan persekitaran rahim menjadi tidak sesuai untuk implantasi berlaku. Tindakan estrogen pula menghalang ovari dari mengeluarkan telur seterusnya ovulasi tidak berlaku.

Pil ini perlu dimakan paling lewat 72 jam selepas hubungan seks dengan dos kedua dimakan 12 jam kemudiannya. Kesan sampingan termasuklah rasa loya, muntah, sengal perut, keletihan, sakit kepala dan pening.

Ia berkesan mengurangkan risiko kehamilan sehingga 80%. Lebih cepat pil ini dimakan lebih tinggi keberkesanan.

Walaubagaimanapun ia tidak sesuai dijadikan alat pencegah kehamilan yang rutin disebabkan kadar kehamilan yang tinggi berbanding dengan alat pencegah kehamilan yang lain. Bertanya dengan doktor anda untuk maklumat yang lebih lanjut.
Kenali Pil kecemasan atau 'after morning Pill' Kenali Pil kecemasan atau 'after morning Pill' Reviewed by Unknown on Julai 23, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

top navigation

Dikuasakan oleh Blogger.