
Kanser ovari sering dipanggil "silent killer" kerana sering kali wanita menghadapi kanser ini tidak mengalami sebarang gejala sehinggalah kanser tersebut merebak dan berkembang ke peringkat yang lewat.
Tanda-tanda awal kanser ovari sangat ringan, menjadikan penyakit ini sukar untuk dikesan pada peringkat awal.
Tanda-tanda awal termasuk:
- Perut sentiasa rasa kenyang
- Tidak selesa atau senak pada pelvis
- Kembung
- Sakit Gastrik
- Sakit semasa hubungan seks
- Pendarahan faraj tidak normal
- Perut Buncit
Bagaimana Diagnosa Dibuat
Doktor akan menyarankan pemeriksaan darah tumor marker iaitu Ca125 sebagai ujian saringan. Ujian ultrasound mungkin akan menunjukkan salah satu ovari bengkak atau kedua duanya sekali. MRI dan CT Scan boleh memberikan diagnosa yang tepat.Adakah Anda Berisiko?
1. Sejarah KeluargaSekiranya anda mempunyai saudara terdekat yang mengalami kanser ovari seperti ibu atau kakak, risiko untuk mendapat kanser ovari meningkat 5-7%
Wanita yang mempunyai sejarah keluarga yang kuat boleh memilih untuk menjalani pembedahan pembuangan ovari (oophorectomy). Oophorectomy mengurangkan risiko untuk mendapat kanser ovari sehingga 90 peratus.
2. Penggunaan Bedak dan Pewangi
Penyelidikan mendapati wanita yang menggunakan bedak debu pada kemaluan mereka mempunyai 60 peratus risiko untuk mendapat kanser ovari. Semburan pewangi deodoran juga boleh mengandakan risiko anda.
3. Pil Perancang
Wanita yang menggunakan pil perancang untuk sekurang-kurangnya untuk lima tahun dapat mengurangkan risiko untuk mendapat kanser ovari sebanyak 50%. Semakin lama anda menggunakan pil, lebih rendah risiko anda.
4. Bilangan Anak
Wanita yang mempunyai dua atau tiga orang anak boleh mengurangkan risiko sebanyak 30 peratus berbanding wanita yang tidak pernah hamil. Mempunyai lima atau lebih anak mengurangkan risiko sehingga 50 peratus. Risiko akan menjadi lebih kurang lagi sekiranya mereka menyusukan anak mereka.
5. Salur Peranakan yang diikat( Tubal Ligation)
Pembedahan Tubal Ligation akan mengurangkan risiko mendapat kanser ovari sehingga 70 peratus.
Mengapa Kanser Ovari dikatakan ' A Silent Killer?
Reviewed by Unknown
on
Ogos 21, 2017
Rating:
Tiada ulasan: