Soalan: Adakah pil perancang boleh menyebabkan kecacatan janin jika diambil semasa awal kehamilan?
Jawapan:
Setakat ini tiada bukti yang kukuh untuk menunjukkan pil perancang yang diambil secara tidak sengaja semasa awal kehamilan meningkatkan risiko kecacatan janin.
Satu kajian dalam tahun 2009 menyarankan bahawa terdapat peningkatan risiko kearah bayi kurang berat badan dan juga kelahiran pra-matang. Ia juga secara teori dikaitkan dengan masalah tumbesaran organ seksual janin perempuan tetapi setakat ini tiada bukti yang kukuh secara klinikal yang mengaitkan pil perancang dengan komplikasi-komplikasi diatas.
Mungkin sukar untuk anda mengenali tanda-tanda dan gejala kehamilan semasa mengambil pil perancang terutama pil perancang jenis MINIPIL yang mengandungi progestin yang boleh membuatkan anda loya, muntah, sakit payu dara dan haid yang tidak teratur kerana ia juga merupakan tanda kehamilan awal.
Jadi sebagai langkah berjaga jaga, hentikan pengambilan pil perancang sekiranya ada anda mengesyaki yang anda mungkin hamil. Gunakan condom buat sementara waktu sehinggalah anda pasti yang anda betul betul tidak hamil.
Jika anda memang hamil, jangan risau kerana risiko terhadap janin adalah rendah. Jumpa dengan doktor dan berbincang untuk maklumat yang lebih tepat.
Anda juga disarankan untuk menjalani ujian US kerana mengambil pill perancang semasa hamil memberi sedikit risiko untuk kehamilan diluar rahim.
Pil Perancang dan Risiko di Awal Kehamilan
Reviewed by Unknown
on
Jun 19, 2014
Rating:
Tiada ulasan: