14 Tip Ke arah Bersalin normal

lscs1Kadar kelahiran melalui pembedahan c-section semakin meningkat dari tahun ke tahun dan sehingga kebelakangan ini mencatat kadar yang cukup tinggi sehingga 50% pada sesetengah pusat perubatan. Faktor yang dikenal pasti menjurus kepada peningkatan ini termasuklah pilihan doktor, tempat kelahiran dan intervensi perubatan seperti induction of labour ( IOL).
Tidak kurang juga ramai pesakit memilih untuk menjalani pembedahan cesarean kerana ia lebih singkat, kurang rasa sakit dan ramai yang mahukan kelahiran dalam keadaan terkawal dan tidak tergesa gesa.


Pembedahan cesarean memberikan komplikasi yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan kelahiran biasa seperti risiko tumpah darah yang lebih tinggi, jangkitan kuman dan luka terbuka tetapi secara umumnya ia adalah pembedahan yang selamat dan mempunyai risiko yang kurang berbanding dengan pembedahan yang lain.

Walaubagaimanapun sekiranya anda berkeinginan tinggi untuk bersalin normal, terdapat tip tip yang boleh anda ikuti untuk meninggikan peluang anda.

Tip- Tip Untuk Berjaya bersalin normal


  1. Cari doktor and hospital yang mempunyai kadar kelahiran cesarean yang rendah. Anda boleh bertanya kepada staff hospital, kawan atau pesakit yang pernah melahirkan di pusat perubatan yang sama.

  2. Tanya doktor anda tentang falsafah beliau tentang kelahiran secara natural. Selidik samada dia juga berkongsi pendapat sama dengan anda and lebih pro kearah kelahiran normal.

  3. Bincang tentang plan kelahiran anda dengan menegaskan pendirian anda untuk bersalin secara normal

  4. Kurangkan pengambilan karbohidrat dan pantau kenaikan badan semasa hamil. Anda tidak mahu menjadi terlalu gemuk. Kenaikan berat badan yang keterlaluan dikaitkan dengan bayi obes seterusnya meninggikan risiko ke arah cesarean.

  5. Lengkapkan pengetahuan anda tentang kelahiran dengan membaca buku dan menghadiri kelas antenatal supaya anda lebih memahami tentang proses kelahiran.

  6. Teroka cara-cara mengurangkan sakit bersalin yang lebih natural seperti teknik bernafas semasa bersalin.

  7. Sekiranya bayi berkedudukan songsang, tanya doktor anda tentang pilihan untuk pusingkan kedudukan bayi melalui kaedah ECV ( external cephalic version).

  8. Elak dari intervensi medikal seperti induction of labour ( IOL) tanpa sebab sebab yang jelas.

  9. Bila kesakitan sudah bermula, jangan tergesa gesa ke hospital. Tunggu di rumah selama mungkin atau sehingga kesakitan menjadi lebih ketara.

  10. Elak dari menggunakan epidural. Ia meninggikan risiko cardiotocography (CTG) yang tidak normal dan seterusnya meninggikan risiko cesarean.

  11. Elak dari menggunakan alat  CTG secara berterusan kerana kajian menunjukkan CTG meningkatkan risiko cesarean sebanyak 30%

  12. Bergerak dengan aktif dan bertukar posisi. Jangan baring dan duduk di awal proses bersalin

  13. Elak dari menggunakan sebarang ubat yang menguatkan kontraksi rahim.

  14. Teroka pilihan untuk kelahiran vacuum atau forceps sekiranya anda masih tiada progress atau keletihan semasa peringkat 2 ( 2nd stage of labour) bersalin.
14 Tip Ke arah Bersalin normal 14 Tip Ke arah Bersalin normal Reviewed by Unknown on Julai 07, 2014 Rating: 5

Tiada ulasan:

top navigation

Dikuasakan oleh Blogger.