GBS adalah salah satu dari ribuan bakteria yang ada di dalam badan kita. Ia biasanya tidak menyebabkan kemudaratan. Ia dianggarkan bahawa satu dalam 4 wanita hamil membawa GBS dalam sistem usus atau vagina mereka. Ia dipanggil kolonisasi oleh GBS.
Di saat melahirkan bagi ibu yang mempunyai GBS, bayi akan terdedah dengan kuman GBS tetapi kebanyakan dari bayi tidak akan dijangkiti dan dilahirkan sihat tanpa sebarang masalah.
Walaubagaimanapun, segelintir kecil dari bayi yang dijangkiti akan mengalami masalah serius dan perlu mendapatkan rawatan selepas dilahirkan.
Siapakah yang berisiko?
GBS tidak boleh dicegah seratus peratus tetapi doktor akan memberikan lebih perhatian kepada mereka yang berisiko tinggi seperti:
- Ibu yang pernah mengalami anak yang pernah mendapat GBS.
- Pernah mengalami jangkitan urin berkuman GBS
- Pecah ketuban sebelum masa
- Pernah melahirkan anak pra matang
Bagaimana Diagnosa di buat?
Diagnosa selalunya dibuat mengunakan swab kultur vagina pada kandungan 35-37 minggu. Sekiranya berpositif terhadap GBS, antibiotik akan diberikan. Ujian ini selalunya tidak dibuat secara rutin cuma wanita berisiko akan dinasihatkan menjalani ujian ini. Walaubagaimanapun anda boleh berbincang dengan doktor anda sekiranya anda rasa ia perlu dilakukan.
Rawatan untuk ibu
Sekiranya anda disahkan positif secara kultur, doktor selalunya akan memberikan rawatan antibiotik dan semasa saat bersalin ibu mungkin akan diberikan antibiotik profilaxis untuk mengurangkan risiko jangkitan terhadap bayi. Rawatan antibiotik juga disarankan pada mereka yang pecah ketuban melebihi 12 jam kerana dikhuatiri mungkin dijangkiti GBS.
Simtom bayi
Kebanyakan bayi yang dijangkiti, akan mengalami gejala dalam tempoh 12 jam selepas kelahiran. Gejala-gejala( simtom) termasuk:
- Kerap tidur dan tidak responsif
- Kurang menyusu
- Nafas berbunyi
- Suhu badan tinggi atau rendah
- Kadar jantung yang cepat atau lambat
- Pernafasan menjadi laju atau lambat
- Kerap merengek
Apakah komplikasi ia boleh menyebabkan?
Kebanyakan bayi yang dijangkiti yang di kesan pada peringkat selalunya pulih seratus peratus selepas rawatan. Sebilangan kecil, menjadi lebih serius sekiranya kuman merebak ke paru paru atau otak yang boleh membawa kepada masalah yang lebih berat seperti cerebral palsi, buta atau pekak.
GBS juga boleh memberikan komplikasi ada ibu seperti jangkitan rahim atau salur kencing. Dalam keadaan yang lebih serius ibu mungkin boleh mendapat septisemia yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sepatutnya.
Mencegah Jangkitan awal GBS
Jika anda pembawa GBS atau anak anda pada kandungan yang lepas pernah dijangkiti GBS, doktor selalunya akan memantau kesihatan bayi anda dengan teliti sekurang-kurangnya 12 jam selepas kelahiran. Doktor bayi juga mungkin akan memulakan rawatan antibiotik pada bayi sehingga ujian darah mengesahkan tidak ada jangkitan GBS dalam darah bayi anda.
Jangkitan GBS Lewat
Kuman GBS yang dijangkiti bayi lebih dari tujuh hari selepas kelahiran selalunya tidak berkait dengan kehamilan. Bayi itu mungkin menjadi dijangkiti selepas kelahiran daripada orang lain dan bukan dari faraj ibunya. Jangkitan GBS selepas usia tiga bulan adalah amat jarang berlaku.
Penyusuan susu ibu tidak meningkatkan risiko jangkitan GBS sebaliknya ia akan melindungi bayi anda daripada jangkitan lain.
Apakah itu GBS ( Group B Streptococcus) ?
Reviewed by Unknown
on
Mac 17, 2016
Rating:
Tiada ulasan: