- Sista Ovari
Apa itu Sista ovari functional?
Sista ovari functional adalah kantung yang terbentuk di permukaan ovari wanita semasa atau selepas ovulasi. Ia mengandungi telur matang yang biasanya mengecut sebaik sahaja ovulasi terjadi.
Jika ovulasi tidak terjadi dimana telur gagal di lepaskan, sista ovari akan terbentuk.
Ia juga boleh terbentuk sekiranya kantung tertutup selepas telur dilepaskan dan menjadi kembang dengan mengumpul cecair di dalamnya.
Sista ovari berbeza daripada ketumbuhan ovari yang disebabkan oleh masalah-masalah lain seperti kanser. Kebanyakan sista ini adalah tidak berbahaya. Mereka tidak menyebabkan masalah dan akan hilang tanpa rawatan. Walaubagaimanapun, jika sista menjadi besar, ia boleh terpintal, pecah atau berdarah dan menyebabkan kesakitan.
Jenis Sista ovari Funtional
1. Sista folikel- Ia berlaku apabila kantung pada ovari tidak melepaskan telur, ia membengkak dengan cecair.
2. Sista luteal- iaitu sista berlaku apabila kantung mengeluarkan telur dan kemudian liang dimana telur keluar tertutup semula dan mengumpul air di dalamnya.
2. Sista luteal- iaitu sista berlaku apabila kantung mengeluarkan telur dan kemudian liang dimana telur keluar tertutup semula dan mengumpul air di dalamnya.
Kebanyakan Sista ovari adalah kecil dan tidak menyebabkan sebarang gejala. Kalau ada pun gejala yang kerap terjadi termasuklah:
- Senak pada perut terutama di tengah bulan
- Haid menjadi lewat
- Haid menjadi tidak teratur
Rawatan Sista Ovari Funtional
Doktor anda mungkin mengesan sista ovari semasa pemeriksaan pelvik rutin iaitu secara tidak sengaja. Sekiranya ujian US menunjukkan kandungan cuma mengandungi cecair, selalunya doktor akan memantau tumbesaran sista dengan membuat US ulangan 1-3 bulan kemudiannya. 80% dari sista ini akan hilang dengan sendiri tanpa sebarang rawatan.
Sekiranya anda kerap mendapat sista ovari, doktor anda mungkin mencadangkan agar anda mengambil pil kawalan kelahiran, yang menghalang ovulasi. Ini boleh menghalang sista baru daripada terbentuk.
Sekiranya terjadi tanda tanda serius seperti ini:
- Sakit perut yang teruk secara tiba-tiba, sakit teruk yang mugkin disertai rasa loya dan muntah-muntah
- Sakit luar-biasa semasa atau selepas hubungan seks
Hubungi doktor anda dengan segera. Sista yang pecah atau terpintal boleh menyebabkan pendarahan di dalam abdomen yang memerlukan rawatan kecemasan termasuk pembedahan.
Sista Ovari Functional ( Functional Ovarian Cyst)
Reviewed by Unknown
on
Mei 22, 2016
Rating:
Tiada ulasan: