
Depo-Provera adalah kaedah kontraseptif suntikan yang diperbuat dari hormon progesteron yang cukup berkesan sebagai alat perancang keluarga yang menjadi pilihan ramai wanita yang ingin menjarakan kehamilan mereka.
Suntikan diberikan setiap 3 bulan pada lengan atau otot punggung. Depo-provera bukan sahaja menghalang ovulasi malahan ia menyebabkan lendir serviks menjadi pekat, menghalang kemasukan sperma ke dalam rahim. Ia juga bertindak dengan menipiskan dinding rahim menyebabkan ia tidak sesuai untuk implantasi.
Kelebihan Depo Provera
- Jika diberikan dengan betul, kadar kontraseptif melebihi daripada 99%.
- Suntikan berkesan menghalang kehamilan untuk 3 bulan. Jadi anda tidak perlu berfikir tentang kehamilan setiap hari atau setiap kali anda melakukan hubungan seks.
- Ia menjadi pilihan kepada wanita yang mudah lupa untuk mengambil pil perancang setiap hari.
- Ia boleh menjadi berguna untuk wanita yang tidak boleh menggunakan kontraseptif yang mengandungi estrogen.
- Ia tidak dipengaruhi atau tidak bertindak-balas oleh ubatan lain.
- Boleh digunakan pada wanita yang menyusukan badan.
- Boleh mengurangkan senggugut dan gejala PMS pada sesetengah wanita.
- Suntikan mungkin boleh memberikan perlindungan terhadap kanser rahim.
- Boleh memberikan perlindungan kepada kanser rahim ( endometrial cancer)
- Boleh mengurangkan risiko radang pelvis ( jangkitan kuman pada sistem peranakan) kerana lendir pekat menghalang bakteria dari memasuki rahim.
Kelemahan Depo Provera
- Boleh memberikan kesan sampingan yang tidak diingini seperti pertambahan berat badan, sakit kepala, perubahan mood, sakit payudara dan jerawat.
- Aliran haid anda mungkin menjadi sedikit atau tiada langsung. Tempoh haid anda mungkin menjadi lebih tidak teratur atau berhenti sama sekali.
- Kesuburan anda mungkin mengambil masa yang lama untuk pulih lebih kurang 1 tahun selepas injeksi terakhir jadi ia tidak sesuai kepada mereka yang inginkan kontraseptif singkat.
- Depo-Provera memberi mengurangkan tahap estrogen semula jadi anda yang menjurus kepada penipisan tulang ( osteoporosis) sekiranya diambil pada masa yang lama.
- Ia tidak melindungi wanita terhadap jangkitan kelamin (STI).
Bila Depo-Provera mula berkesan?
Jika anda mempunyai suntikan dalam tempoh lima hari pertama haid, anda akan segera dilindungi daripada hamil. Jika anda mengambil Depo-Provera pada hari yang lain dalam kitaran anda, jangan melakukan hubungan kelamin dalam masa 7 hari selepas suntikan atau pakai kondom. Ini kerana dalam masa 7 hari Depo-Provera masih belum dapat melindungi anda sepenuhnya dari kehamilan.
Selepas melahirkan
Injeksi Depo-Provera boleh dibuat pada bila-bila masa selepas anda bersalin, sekiranya anda tidak menyusu bayi anda. Jika anda menyusukan badan, suntikan biasanya akan diberikan selepas enam minggu untuk mengurangkan risiko kekurangan susu ibu.
Jika anda memulakan suntikan sebelum hari 21 selepas melahirkan, anda akan segera dilindungi daripada hamil, tetapi sekiranya suntikan diberikan selepas 21 hari bersalin anda memerlukan kontraseptif tambahan seperti kondom disarankan bagi 7 hari berikutnya.
Selepas Keguguran
Anda boleh mendapatkan injeksi Depo-Provera sebaik selepas keguguran dan anda akan dilindungi daripada mengandung merta. Jika anda mendapatkan suntikan lebih daripada lima hari selepas keguguran atau pengguguran, anda akan perlu untuk menggunakan kontraseptif tambahan selama tujuh hari.
Siapa yang boleh menggunakan suntikan?
Depo-Provera adalah selamat pada kebanyakan wanita tetapi ia tidak sesuai jika anda:
- Anda hamil atau mungkin hamil
- Mempunyai penyakit arteri atau sejarah penyakit jantung atau strok
- Mempunyai darah beku dalam saluran darah (trombosis)
- Mempunyai penyakit hati ( hepatitis), sirosis atau tumor
- Mempunyai migrain
- Mempunyai kanser payudara atau mempunyai pada masa lalu
- Mempunyai diabetes dengan komplikasi
- Berisiko untuk osteoporosis
Risiko
Terdapat risiko kecil jangkitan ditempat suntikan tapi ia jarang terjadi
Depo-Provera sebagai Kaedah Merancang Keluarga
Reviewed by Unknown
on
Julai 28, 2016
Rating:
Tiada ulasan: