Jawapan:
Setiap kehamilan adalah berbeza dan setakat ini tidak ada cara untuk meramalkan apa yang mungkin berlaku pada kandungan seterusnya.
Walau bagaimanapun, semasa kehamilan kedua, anda mungkin perasan terdapat perbezaan dari kehamilan anak pertama, termasuklah:
Anda lebih penat dari biasa
Mengandung dan menjaga anak sulung terutamanya yang masih kecil sekaligus di samping hamil pada usia lebih tua mungkin boleh memberikan lebih kepenatan berbanding kandungan pertama.
Perubahan pada buah Payudara
Sakit pada Payudara mungkin kurang berbanding kandungan pertama dan saiznya juga kurang besar berbanding dengan yang pertama.
Perut kelihatan lebih ketara
Ramai wanita mendapati perut kelihatan lebih besar dari kandungan pertama disebabkan otot perut yang lemah dari “over-stretch” pada kandungan pertama.
Merasa pergerakan Bayi yang lebih awal
Pada kandungan pertama anda, pergerakan bayi mula dirasai pada awal bulan ke 5. Tetapi pada kandungan kedua ia mungkin 2-3 minggu lebih awal.
Kontraksi Braxton Hicks (BH) lebih ketara
Anda mungkin mengalami lebih pengecutan BH dengan lebih kerap dari kandungan pertama. Kejadian sakit dan perut mengeras menjadi lebih kerap pada kandungan kedua.
Bayi turun (engaged) lebih lambat dari kandungan pertama
Kebiasaannya pada kandungan pertama bayi ‘engaged’ pada usia kandungan 36 minggu, manakala kandungan kedua selalunya lebih lambat iaitu ‘engaged’ berlaku pada lewat kehamilan atau pada saat bersalin.
Tempoh bersalin lebih singkat
Anda akan mengambil masa yang lebih singkat untuk melahirkan anak kedua berbanding dengan tempoh kelahiran anak pertama.
Luka faraj lebih ringan
Luka selepas melahirkan selalunya lebih kecil atau anda tidak mengalami sebarang luka disebabkan faraj sudah elastik.
Sakit rengat lebih ketara selepas bersalin
Anda mungkin akan perasan sakit rahim yang lebih ‘intense’ berbanding dengan kelahiran kandungan pertama terutama semasa menyusukan anak. Ia adalah sesuatu yang biasa dan anda selalunya akan dibekal dengan ubat penahan sakit selepas dibenarkan pulang.
Saya mengandung anak kedua, adakah ia berbeza dengan kandungan pertama?
Reviewed by Unknown
on
Julai 26, 2016
Rating:
Tiada ulasan: