
Kesihatan faraj wanita selalunya dikawal oleh kehadiran bakteria baik (normal flora) yang boleh membantu mencegah pembiakan bakteria tidak baik. Sekiranya kehadiran bakteria baik menjadi kurang, bakteria tidak baik akan membiak dan mengalakan pembiakan bakteria yang lebih serius, termasuklah bakteria vaginosis.
Jangkitan Vaginosis biasanya hilang dengan sendiri tanpa sebarang rawatan tetapi jangkitan yang kerap boleh membawa kepada masalah yang lebih teruk.
Siapa yang berisiko
Bakteria vaginosis boleh terjadi dengan sendiri tetapi terdapat faktor-faktor yang menyebabkan anda cenderung untuk mendapatkan jangkitan ini.
Anda lebih berisiko sekiranya:
- Kerap melakukan douche atau membilas faraj dalaman.
- Memakai pantiliner
- Membasuh faraj dari belakang ke depan
- Memakai seluar yang ketat seperti jean
- Memakai seluar dalam tebal yang menyebabkan vagina kurang ventilasi
- Mempunyai pasangan seks lebih dari satu
- Sekiranya anda merokok dan meminum alkohol
- Memakai IUD sebagai alat perancang keluarga
Simtom dan gejala
Gejala yang paling biasa ialah keputihan yang berbau hanyir. Ia kadang-kadang gatal dan mungkin sedikit kekuningan apabila melekat pada seluar dalam anda.
Bau mungkin menjadi lebih ketara semasa atau selepas hubungan seks dan suami anda mungkin akan mengadu tentang kehadiran bau tersebut.
Kebanyakkan wanita tidak sedar akan bau tersebut dan mungkin mereka tiada gejala langsung.
Bagaimana diagnosa vaginosis bakteria dibuat
Berdasarkan simtom dan gejala, doktor akan membuat pemeriksaan faraj dan mungkin mengambil sampel keputihan atau tisu dari faraj untuk diuji di makmal.
Komplikasi Bakteria Vaginosis
Kebanyakan dari jangkitan vaginosis adalah ringan dan tidak memberikan kesan yang mendalam terhadap pesakit, cuma segelintir dari wanita mengalami kesan serius seperti:
- Lebih Berisiko untuk gugur dan melahirkan anak pra-matang
- Lebih berisiko untuk mendapat jangkitan rahim, demam dan tumpah darah semasa pnatang
- Lebih cenderung untuk mendapat jangkitan pada pelvis selepas pembedahan cesarean atau D&C
Rawatan Bakteria Vaginosis
Doktor akan menyarankan penggunaan antibiotik seperti metronidazole untuk membunuh kuman ini. Ia mungkin dalam bentuk Pil makan atau tablet yang dimasukkan ke dalam faraj. Rawatan mungkin mengambil masa 5 hingga 14 hari, bergantung kepada keterukan jangkitan Vaginosis.
Jangkitan Bacterial vaginosis
Reviewed by Unknown
on
Julai 26, 2016
Rating:
Tiada ulasan: