
Herpes Simplex Genital (HSG) adalah jangkitan kelamin yang kebanyakannya tersebar melalui hubungan seks. Ia disebabkan oleh virus yang dipanggil Herpes Simplex Virus (HSV). Setakat ini tiada penawar yang dapat membunuh HSV, tetapi ubat-ubatan yang ada boleh mengurangkan gejala dan juga risiko jangkitan terhadap pasangan mereka. Penggunaan kondom juga boleh membantu mencegah penyebaran virus.
Gejala dan Tanda
Ramai pesakit yang dijangkiti HSG tidak tahu bahawa mereka pembawa kepada virus HSV ini kerana mereka tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala yang mereka alami amat ringan. Walau bagaimanapun, gejala yang menjurus kepada lawatan ke klinik doktor termasuk:- Sakit, pedih dan gatal pada faraj atau kawasan kulit yang bermula dalam tempoh 2 hingga 10 hari selepas terdedah kepada pasangan yang membawa virus HSV,
- Ruam merah atau blister putih kecil, yang mungkin muncul beberapa hari kemudian, ulser terbentuk pada kulit dan berdarah
- Sakit semasa membuang air kecil
Bahagian badan yang kerap diserang HSG
Anda boleh menyebarkan jangkitan ke bahagian badan anda yang lain dengan menggosok atau menggaru termasuklah mata anda. Kawasan yang kerap terkena HSG termasuklah dubur, anus, mulut, faraj, serviks dan bagi lelaki termasuk zakar dan telur zakar Cara serangan HSG adalah berbeza untuk setiap orang. Serangan jangkitan boleh berulang 2-3 kali setahun tetapi ia tidak seteruk seperti jangkitan kali pertama.Jenis Virus
Terdapat dua jenis Herpes Simplex Virus- HSV1 - Adalah jenis yang menyebabkan ulser dan blister pada mulut tetapi jangkitan boleh terjadi pada genital melalui seks oral.
- HSV2 - Adalah penyebab utama HSG dan sangat senang berjangkit melalui hubungan seks.
Risiko
Risiko anda dijangkiti HSG boleh meningkatkan jika anda:
- Mempunyai berbilang pasangan seks,
- Tidak menggunakan kondom semasa hubungan seks,
- Mempunyai sejarah Jangkitan Herpes sebelumnya,
- Mengalami jangkitan kelamin lain dalam masa yang sama.
Komplikasi HSG
- Jangkitan kepada bayi baru lahir. Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti boleh terdedah kepada virus itu semasa proses kelahiran. Ini boleh menyebabkan kerosakan otak, buta atau kematian bagi bayi yang baru lahir
- Jangkitan Pada Pundi Kencing. HSG boleh menyebabkan keradangan saluran, pundi kencing membengkak dan saluran kencing menjadi tertutup. Ini menyebabkan pesakit sukar membuang air kencing dan memerlukan penggunaan tiub kateter untuk mengeluarkan air kencing.
- Meningitis. Dalam kes yang sangat jarang, HSV boleh membawa kepada keradangan membran dan cecair di sekeliling otak anda dan saraf tunjang.
- Radang Rectum (proctitis). HSG boleh menyebabkan keradangan pada rektum, terutama di kalangan lelaki yang melakukan hubungan sejenis.
Bagaimana Diagnosa Dibuat
Diagnosa selalunya dibuat berdasarkan pemeriksaan fizikal. Untuk mengesahkan jangkitan, viral culture dari sampel tisu boleh dilakukan. Teknik lain seperti PCR test juga boleh dibuat melalui ujian darah dan keputusan ujian makmal tertentu.Rawatan
Tiada ubat yang boleh membunuh HSV. Rawatan selalunya diberikan untuk memberikan kelegaan terhadap kesakitan dan mengurangkan risiko komplikasi. Ubat antiviral Acyclovir ( Zovirax) hanya untuk tujuan berikut :- Membantu luka sembuh lebih cepat semasa wabak awal
- Mengurangkan keterukan dan tempoh gejala wabak berulang
- Mengurangkan kekerapan berulang
- Kurangkan risiko jangkitan virus herpes yang lain
Hamil dengan Jangkitan Herpes
Jika anda hamil dan disahkan mengalami herpes genital atau anda mengesyaki yang anda mungkin ada herpes genital, beritahu doktor anda dengan segera. Doktor anda mungkin mengesyorkan ubat antiviral akhir untuk menghalang bayi dari jangkiti. Sekiranya anda dijangkiti pada saat hampir bersalin, doktor anda mungkin akan menyarankan pembedahan cesarean untuk mengurangkan risiko jangkitan terhadap bayi.
Jangkitan Herpes Simplex Genital
Reviewed by Unknown
on
Februari 25, 2017
Rating:
Tiada ulasan: