Kelahiran mengunakan vakum adalah satu alternatif terhadap kelahiran mengunakan forsep dan ia sangat kerap digunakan semasa bersalin. Vakum adalah alat yang berbentuk seperti cawan yang dilekatkan kepada kepala bayi dengan harapan akan membantu kelahiran bayi semasa proses bersalinPenggunaan vakum menjadi lebih popular sekarang disebabkan kesan sampingan terhadap bayi dan ibu yang lebih kurang berbanding forsep. Indikasi kelahiran vakum adalah sama dengan forsep iaitu
- Untuk membantu kelahiran bayi apabila kontraksi rahim lemah dan tidak berupaya untuk menolak bayi keluar secara berkesan.
- Pantauan CTG menunjukkan degup jantung yang lemah dan bayi perlu dilahirkan dengan serta merta semasa kelahiran peringkat kedua.
- Ibu sudah kepenatan dan tidak lagi bertenaga untuk meneran
- Ibu mengalami masalah perubatan seperti sakit jantung jadi vakum memendekkan tempoh kelahiran peringkat kedua dan mengurangkan tekanan pada ibu.
Kelahiran Vakum
Reviewed by Unknown
on
Februari 26, 2017
Rating:
Tiada ulasan: