Kanser payudara

kanser-payudara

Kanser payudara adalah kanser jenis yang paling kerap terjadi di kalangan wanita. Walaupun kebanyakan wanita yang di diagnosis dengan kanser payudara berusia lebih berusia, wanita muda juga kerap di kesan mengalami kanser payudara.
Risiko untuk mendapat kanser payudara adalah pada kadar satu dalam lapan seumur hidup.Tetapi sekiranya kanser di kesan pada peringkat awal, ia boleh menyelamatkan nyawa anda. Gejala Kanser Payudara Gejala ketara paling kerap terjadi adalah terdapat ketulan payudara. Kebanyakan ketulan adalah normal tetapi jumpa doktor dengan segera untuk pastikan ia bukan kanser Gejala yang lain termasuklah: Perubahan pada saiz atau bentuk satu atau kedua-dua payudara Keluar air berdarah dari puting
  • Ketulan atau bengkak di salah satu ketiak
  • Kekerasan pada kulit payudara anda
  • Ruam pada atau sekitar puting anda
  • Perubahan pada puting anda, seperti semakin tenggelam ke dalam payudara anda.
Sakit pada payudara bukan merupakan gejala awal kanser payudara.

Punca Kanser Punca sebenar kanser payu dara tidak difahami sepenuhnya, tetapi risiko meningkat apabila:

  • Wanita semakin berusia
  • Mempunyai ahli keluarga yang ada kanser payudara
  • Pernah Mengalami Kanser sebelumnya
  • Berat badan berlebihan atau obes
  • Jenis kanser payudara
Terdapat beberapa jenis payudara kanser, yang boleh terjadi  pada bahagian yang berlainan di payudara. Kanser payudara sering dibahagikan kepada: 1. Kanser payudara tidak invasif (carcinoma in situ) - dijumpai di dalam saluran payudara (ductal carcinoma in situ, DCIS). Ia biasanya ditemui semasa mammografi dan jarang menunjukkan sebarang gejala seperti ketulan. Kanser ini tidak berupaya untuk merebak. 2. Kanser payudara invasif - selalunya berlaku dalam sel-sel yang melapisi saluran payudara (invasif kanser payudara ductal) dan adalah jenis yang paling kerap terjadi. Kanser ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain. Jenis Jenis lain termasuk
  • Invasive (and pre-invasive) lobular breast cancer
  • inflammatory breast cancer
  • Paget's disease of the breast
Kanser Payudara merebak ke bahagian badan yang lain, biasanya melalui saluran darah atau nodus limfa pada bahagian ketiak.

mmg

Saringan Kanser payudara

Ujian  mammografi (MMG), di mana imej X-ray payudara diambil, adalah kaedah yang digunakan untuk mengesan kanser payudara pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, mammografi kadang kadang gagal untuk mengesan kanser peringkat awal terutamanya pada mereka yang mempunyai payudara padat dan wanita muda. Bagi wanita yang risiko yang lebih tinggi, mereka boleh mempertimbangkan untuk membuat ujian genetik samada mereka mewarisi mutasi Gen BCRA1 dan BCRA 2. Sekiranya positif, risiko untuk mendapatkan kanser payudara 3-7 kali ganda dari mereka yang negatif. Risiko kanser payudara juga meningkat dengan usia, semua wanita yang berumur 40 ke-atas adalah disarankan untuk menjalani ujian MMG setiap 2-3 tahun

Rawatan kanser payudara

Jika kanser dikesan di peringkat awal, ia boleh dirawat sebelum ia merebak ke bahagian badan yang lain. Kanser payudara dirawat menggunakan gabungan:
  • Pembedahan
  • Kemoterapi
  • Radioterapi
Pembedahan selalunya dibuat dahulu di ikuti dengan rawatan kemoterapi atau radioterapi. Jenis pembedahan dan rawatan yang anda perlu jalani bergantung kepada jenis kanser payudara yang anda ada. Doktor anda akan berbincang dan merancang rawatan yang terbaik dengan anda. Dalam sebahagian kecil wanita, kanser payudara ditemui selepas ia merebak ke bahagian anggota badan yang lain. Kanser yang dikenali kanser metastatik tidak dapat diubati, jadi matlamat rawatan adalah mengurangkan kesakitan semasa masih hidup.
Kanser payudara Kanser payudara Reviewed by Unknown on Februari 26, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

top navigation

Dikuasakan oleh Blogger.