
Manfaat -Manfaat
1. Ia meningkatkan tahap hemoglobin ketika lahir dan meningkatkan zat besi dalam beberapa bulan pertama selepas bayi dilahrkan dan ini boleh memberikan kesan yang baik terhadap tumbesaran bayi. 2. Bayi yang dilahirkan didapati mengalami peredaran darah yang baik dengan jumlah sel darah merah yang ketara terutama kepada bayi pramatang. Ini mengurangkan risiko transfusi darah disamping pengurangan insiden necrotizing enterocolitis, pendarahan dalam otak dan kematian bayi. Disebabkan kebaikan ini, WHO mencadangkan tali pusat hendaklah dipotong tidak kurang dari 1 minit selepas bayi dilahirkan.Kesan Sampingan
Terdapat peningkatan kecil jaundis yang memerlukan fototerapi. Bincang dengan doktor anda sekiranya anda inginkan ‘Delayed Cord Clamping’ selepas bayi anda dilahirkan. Rujukan WHO. Guideline: Delayed umbilical cord clamping for improved maternal and infant health and nutrition outcomes. Geneva, World Health Organization; 2014 (http://www.who.int/nutrition/publications/guidelines/cord_clamping/en/).
Manfaat ‘Delayed Cord Clamping’ selepas lahir
Reviewed by Unknown
on
Mac 14, 2017
Rating:
Tiada ulasan: