
Pengalaman kehamilan dan kelahiran adalah berbeza antara wanita dan wanita yang lain. Begitu juga dengan proses pemulihan selepas bersalin. Sekiranya anda bersalin normal akan berlaku perubahan pada faraj akibat regangan faraj yang kuat daripada kelahiran bayi .
Proses pemulihan memerlukan masa terutama apabila anda juga mengalami episiotomi semasa peringkat kedua kelahiran.
Perubahan Selepas Bersalin
Faraj Terasa Lebih Longgar
Faraj menjadi lebih longgar, lebam, bengkak dan lebih luas selepas bersalin dan memerlukan masa di antara 6 hingga 8 minggu untuk pulih sepenuhnya.Walaubagaimanapun, anda boleh mempercepatkan pemulihan dengan mempraktikkan senaman Kegel. Senaman ini mudah dilakukan dan boleh dilakukan dengan bila-bila masa sahaja.
Kemutkan faraj anda sebagaimana anda berhenti membuang air kencing atau air besar. Lakukan selama 10 saat dan ulang sebanyak 10 kali. Lakukan antara 4 hingga 6 kali sehari.
Faraj Menjadi Kering
Ia disebabkan oleh penurunan hormon estrogen dengan mendadak selepas kelahiran. Ini menyebabkan kekeringan faraj dan ketidakselesaan semasa seks, lebih-lebih lagi apabila wanita menyusukan badan.Rawatan pemulihan boleh dilakukan termasuk penggunaan ubat pelincir yang berasaskan air. Amalkan meminum air secukupnya. Sekiranya ia berterusan, elok jumpa doktor untuk nasihat yang lebih tepat.
Sakit Semasa Hubungan Seks
Ia disebabkan oleh kesan luka yang terjadi semasa kelahiran terutama bila berlaku koyakan yang besar, proses tempoh bersalin yang lama dan melahirkan bayi yang bersaiz besar. Ditambah dengan faraj yang kering, sakit menjadi berganda.Saranan termasuk penggunaan pelincir dan berehat dari melakukan hubungan seks untuk sementara waktu atau sehingga anda benar-benar sudah bersedia. Pastikan tempat luka bersih sepanjang masa dan mencuci faraj dengan lebih kerap untuk proses pemulihan yang lebih sempurna.
Terkencing Semasa Batuk
Anda juga mungkin sukar mengawal air kencing disebabkan pangkal pundi kencing yang lebam dan luka semasa bersalin. Jangan risau kerana selalunya ia akan beransur pulih selepas 2 hingga 3 minggu tetapi anda boleh mempercepatkan proses pemulihan dengan mengamalkan senaman Kegel setiap hari.Rahim Terasa Jatuh
Rasa yang kerap terjadi di kalangan wanita selepas bersalin adalah rahim dan organ pelvis seperti jatuh ke bawah.Gejala lebih ketara di kalangan mereka yang sudah kerap bersalin atau mereka yang sudah beranak ramai. Ia disebabkan oleh otot pelvis yang lemah dan faraj longgar selepas bersalin dan sukar untuk menahan rahim anda dari turun.
Amalkan senaman Kegel dengan rutin dan makan makanan berprotin tinggi untuk membantu memulihkan otot-otot pelvis dengan cepat. Pemakanan supplemen seperti multivitamin juga disarankan.
Apa yang perlu anda buat?
Sekiranya masalah ini berterusan selama beberapa bulan selepas bersalin, elok jumpa doktor untuk mendapatkan nasihat yang sesuai bagi mengatasi masalah ini.Rawatan yang disarankan termasuklah fisioterapi faraj atau rawatan menggunakan laser untuk mengetatkan faraj.
Perubahan Pada Faraj Selepas Bersalin
Reviewed by Unknown
on
Julai 02, 2017
Rating:
Tiada ulasan: