Menyusu Badan dikaitkan dengan Pertumbuhan Bakteria Baik dalam Usus Bayi

susu-ibu

Penyusuan susu ibu sudah lama dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan pada bayi. Satu kajian terbaru menunjukkan bahawa bakteria usus dipindahkan dari ibu kepada bayi berkait rapat dengan penyusuan susu ibu.

Dalam kajian yang melibatkan 107 bayi yang menyusu, penyelidik memberikan perhatian kepada microbiome yang ditemui didalam susu ibu yang serupa dengan bakteria yang ditemui dalam usus bayi.
Penyelidik memberikan kesimpulan susu ibu adalah penyumbang utama kepada microbiome usus bayi. "Kami dapat menunjukkan bahawa bakteria dalam susu merupakan bakteria yang sama yang terdapat dalam najis bayi," kata Penyelidik Kanan Pengarang Dr. Grace Aldrovandi, Ketua Bahagian Penyakit Berjangkit di Hospital Mattel Kanak-kanak di Universiti California, Los Angeles. 

Pakar kanak-kanak mengesyorkan bahawa ibu-ibu menyusukan bayi secara eksklusif sehingga sekurang-kurangnya 6 bulan usia kerana ia berkait dengan pengurangan risiko jangkitan telinga dan paru-paru bayi, sindrom kematian bayi secara mengejut, alergi, obesiti dan kencing manis bila dewasa. Kajian ini memberikan bukti lanjut bahawa bakteria probiotik yang terdapat dalam susu ibu boleh dipindahkan kepada bayi melalui penyusuan susu ibu.

  SUMBER:  JAMA Pediatrics, diterbitkan dalam talian 8 Mei 2017.
Menyusu Badan dikaitkan dengan Pertumbuhan Bakteria Baik dalam Usus Bayi Menyusu Badan dikaitkan dengan Pertumbuhan Bakteria Baik dalam Usus Bayi Reviewed by Unknown on Julai 02, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

top navigation

Dikuasakan oleh Blogger.