
Fibroid adalah ketulan tisu yang tumbuh di dinding rahim tetapi ia bukan kanser. Fibroid sangat kerap terjadi dan dianggarkan antara 20 hingga 30 peratus daripada wanita mengalami ketumbuhan fibroid.
Bagi kebanyakan wanita, fibroid tidak menyebabkan sebarang masalah. Segelintir mengalami haid yang banyak, senggugut dan ada juga mengalami masalah sukar hamil. Fibroid juga boleh menyebabkan keguguran berulang.
Menurut satu kajian, lima (5) peratus daripada mereka yang mengalami keguguran dan masalah sukar hamil adalah disebabkan oleh fibroid. Ia berkait rapat dengan lokasi dan saiz fibroid di dalam rahim.
Fibroid submucosa yang terbentuk di dalam rongga boleh menyukarkan implantasi janin dan seterusnya menyebabkan wanita sukar untuk hamil. Saiz fibroid yang menghimpit ruang rahim mengurangkan aliran darah dan nutrisi ke janin yang sedang membesar.
Ini seterusnya boleh menyebabkan keguguran. Keguguran juga boleh terjadi sekiranya berpunca daripada tumbesaran janin yang terbantut. Ini disebabkan oleh ruang rahim menjadi sempit kerana saiz fibroid berganda dan apabila wanita hamil akibat oleh rangsangan hormon kehamilan.
Bagaimana diagnosa Fibroid dijalankan
Fibroid submucosa dengan senang dapat dikesan dengan pemeriksaan ultrasound vagina terutamanya menggunakan teknik 3D. Doktor juga mungkin akan mencadangkan prosedur Hysteroscopy untuk diagnosa yang lebih tepat.Rawatan
Myomectomi adalah merupakan cara pembedahan pilihan bagi wanita yang berhasrat untuk hamil. Bagaimana pun Hysteroscopy akan dibuat terlebih dahulu untuk diagnosa yang tepat. Sekiranya fibroid dijumpai, prosedur yang dinamakan Trans-cervical-Resection of Endometrium (TCRE) akan dibuat untuk membuang fibroid tersebut.TCRE boleh dijalankan sebagai Pembedahan secara Daycare sahaja. Untuk itu pesakit tidak perlu dimasukkan ke wad dan dibenarkan pulang pada hari yang sama. Sekiranya anda mengalami masalah sukar hamil dan kerap gugur, jumpa doktor anda hari ini untuk pemeriksaan lanjut.
Galeri Fibroid
Video TCRE
Fibroid Rahim dan Keguguran
Reviewed by Unknown
on
Julai 06, 2017
Rating:
Tiada ulasan: