Uterine Suspension - Pembedahan untuk memperbetulkan rahim yang terbalik

Laparoskopi_03

Seramai 20% wanita mempunyai rahim yang dipanggil retroverted, di mana rahim condong ke belakang atau lebih dikenali dengan nama Rahim Terbalik.
Kebanyakan pesakit yang mengalami rahim terbalik tidak mengalami sebarang gejala yang boleh mengganggu kehidupan mereka.

Walau bagaimanapun bagi segelintir wanita, mereka mungkin mengalami sakit pelvis kronik, sakit semasa hubungan seks dan senggugut (sakit semasa haid).
Sekiranya gejala menjadi semakin ketara, doktor boleh menawarkan pembedahan yang dinamakan Uterine Suspension untuk mengurangkan kesakitan anda.

Ia ditawarkan sekiranya rawatan ubat tidak lagi berkesan untuk mengurangkan kesakitan sakit pelvis dan senggugut.
Pembedahan Uterine Suspension boleh dibuat secara pembedahan laparoskopi. Dengan kaedah rawatan tidak ada luka besar pada perut anda dan ia sembuh dengan cepat.

Kaitan Rahim Terbalik dan Kesukaran Hamil
Rahim terbalik itu sendiri dipercayai tidak mempengaruhi kesuburan tetapi rahim yang condong ke belakang kerap dikaitkan dengan masalah endometriosis iaitu punca utama kenapa wanita gagal hamil.

Endometriosis menyebabkan parut yang teruk pada persekitaran pelvis anda dan ia boleh menyebabkan rahim tertarik dan bengkok ke belakang. Akibatnya ramai juga pesakit yang mengalami sakit belakang.

Dalam peringkat endometriosis yang teruk, ia boleh menyebabkan perubahan anatomi pada pelvis dan salur peranakan menjadi tersumbat.

Sekiranya dalam masa yang sama anda sukar hamil dan mengalami rahim terbalik, doktor anda mungkin akan mencadangkan pembedahan Uterine Suspension, terutama jika tidak ada penjelasan yang jelas kenapa anda sukar hamil.

Semasa Uterine Suspension, rahim yang condong akan dipindahkan ke dalam kedudukan yang lebih normal dengan memendekkan ligamen yang menyokong rahim anda. Teknik pembedahan ini boleh dibuat melalui kaedah laparoskopi.
Uterine Suspension - Pembedahan untuk memperbetulkan rahim yang terbalik Uterine Suspension - Pembedahan untuk memperbetulkan rahim yang terbalik Reviewed by Unknown on Julai 05, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

top navigation

Dikuasakan oleh Blogger.