Kaki Kejang Semasa Hamil, Punca dan Pencegahan

kaki-cramp

Kaki kejang terutama pada waktu malam adalah perkara yang kerap terjadi semasa hamil. Kejang selalunya bermula pada trimester kedua dan mungkin berterusan sehingga saat kelahiran. Kekejangan yang teruk boleh menyebabkan kesakitan dan membangkitkan anda dari tidur.

Mengapa kekejangan terjadi?

Tidak ada jawapan yang pasti, tetapi pakar perubatan berpendapat ia mungkin disebabkan oleh tekanan pada saluran darah dan saraf oleh rahim anda yang semakin membesar. Ia juga mungkin disebabkan kaki anda yang penat kerana berat tambahan pada bayi anda.
Kejang juga mungkin disebabkan anda kekurangan nutrisi atau dehidrasi, jadi minum air secukupnya dan makan multivitamin.

Apa yang perlu anda lakukan untuk mengurangkan kekejangan?

Sekiranya ia terjadi waktu malam, lentur jari kaki anda, urut betis anda atau otot kaki yang sakit. Kejutkan suami anda jika perlu. Penggunaan Pad panas juga boleh membantu.
Anda boleh memakan Panadol atau urut dengan minyak panas jika mahu.

Langkah Pencegahan

Buat senaman regangan

Berdiri di hadapan dinding. Letakkan tangan anda rata pada dinding. Lunjurkan kaki kiri anda ke belakang. Perlahan-lahan bengkok ke hadapan kaki kanan, dengan lutut kiri anda mengekalkan kedudukan yang lurus dan menyimpan tumit kiri menyentuh lantai.
Tahan selama 20 hingga 30 saat. Pastikan badan anda lurus. Tukar kaki dan ulangi langkah yang sama.

Aktifkan diri anda

Buat senaman ringan secara rutin. Walau bagaimanapun, sentiasa rujuk dengan doktor anda sebelum memulakan apa-apa jenis aktiviti fizikal yang baru.

Ambil Supplemen Magnesium

Beberapa kajian menunjukkan tablet magnesium boleh mengurangkan kekerapan kejadian kejang. Anda boleh menambah lebih magnesium dalam diet anda secara semulajadi dengan makan biji-bijian, kekacang dan buah-buahan.

Minum air secukupnya

Kurangkan risiko dehidrasi dengan meminum air secukupnya kerana ia boleh membantu mengurangkan kekejangan. Petunjuk yang baik untuk mempastikan anda mendapat air yang secukupnya adalah warna air kencing anda. Jika ia jernih anda cukup air. Jika ia berwarna kuning gelap, anda mungkin kekurangan air.

Pakai kasut yang sesuai dan selesa

Apabila anda hamil berlaku perubahan pada lenggok badan anda kerana pusat graviti anda sudah beralih ke depan. Pakai kasut yang selesa dan tidak terlalu ketat.

Tip-tip lain

Sebelum tidur mandi dengan air hangat.  Pakai seluar yang longgar dan tidur atas katil yang luas untuk memberi ruang kepada kaki anda bergerak bebas semasa tidur. Gunakan bantal untuk naikkan kaki anda pada waktu malam.

Tanda Amaran

Sekiranya sakit kaki anda berterusan dan menjadi sensitif apabila disentuh, anda perlu berjumpa doktor dengan segera atau pergi ke bilik kecemasan. Ia mungkin satu petunjuk terdapat darah beku pada kaki anda, iaitu keadaan yang dipanggil ‘Deep Vein Thrombosis’ yang boleh memberikan kesan serius terhadap anda.
Kaki Kejang Semasa Hamil, Punca dan Pencegahan Kaki Kejang Semasa Hamil, Punca dan Pencegahan Reviewed by Unknown on Julai 04, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

top navigation

Dikuasakan oleh Blogger.