Apa Itu Rahim Terbalik atau Rahim Retroverted?

Uterine-Suspension.jpg

Adalah nama yang diberikan kepada rahim yang membengkok ke belakang. Rahim Terbalik adalah istilah yang silap diberikan kerana ia sebenarnya tidak terbalik sama sekali.

Kebanyakkan wanita dilahirkan dengan rahim lurus ataupun sedikit terjungkit ke belakang atau ke depan. Rahim Retroverted cuma merupakan salah satu variasi kedudukan rahim dan selalunya tidak berkaitan dengan sebarang masalah kesihatan.



Walaubagaimanapun, ia kadang-kadang menyebabkan kesakitan semasa bersama atau semasa haid dan pada segolongan kecil wanita ia mungkin merupakan salah satu tanda sistem peranakan bermasalah.

Apakah Sebab Terjadi Rahim Terbalik (RT)?

Pada kebanyakkan wanita, penyebab utama ialah genetik kerana mereka dilahirkan dengan RT dan normal secara keseluruhannya.
Tetapi terdapat juga faktor yang lain yang menjuruskan anda untuk mengalami RT, ia termasuklah:
  • Kehamilan: Semasa hamil rahim membesar dan otot yang menyokong rahim akan menjadi lemah. Disebabkan itu, ramai wanita mendapati mereka mengalami RT selepas melahirkan.
  • Menopos: Semasa menopos, hormon estrogen yang berkurangan menyebabkan otot tersebut menjadi lemah dan berada pada kedudukan retroverted.
  • Masalah pada sistem peranakan: Penyakit radang pelvis dan endometriosis boleh menyebabkan rahim retroverted kerana parut yang terjadi akibat penyakit ini menarik rahim ke belakang menyebabkan rahim bertukar posisi.

 

Apakah Gejala RT?

Kebanyakan tiada apa-apa gejala tetapi sekiranya ada, ia selalunya berkaitan dengan sakit semasa hubungan seks atau semasa haid.
Gejala lain yang jarang ialah:
  • Sakit belakang
  • Sakit semasa kencing
  • Masalah kesuburan

Bagaimana untuk mengetahui samada anda mengalami RT?

Sekiranya anda mengalami simtom seperti di atas, doktor selalunya akan menjalankan:
  • Pemeriksaan pelvis atau vagina
  • Pemeriksaan imbasan ultrasound
Ujian ini dengan senang dapat mendiagnos samada anda mengalami RT atau tidak.

Bilakah RT ini boleh memberi masalah kepada anda?

Sekiranya anda didiagnosakan mengalami RT dan dalam masa yang sama mengalami:
  • Sakit senggugut yang keterlaluan
  • Haid yang tidak teratur
  • Masalah keguguran
Anda mungkin mengalami masalah lebih dari sekadar RT biasa. Pemeriksaan imbasan ultrasound atau ujian diagnostik laparoskopi selalunya dapat memberikan jawapan terhadap punca masalah itu.

Adakah RT boleh memberi kesan kepada kesuburan anda?

Ramai wanita yang mengalami RT risau ia mungkin akan memberi kesan kepada kesuburan tetapi fakta sebenar ialah kebanyakan wanita yang mengalami RT akan hamil dan mengalami kelahiran yang normal sebagaimana yang lainnya.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda sukar hamil dalam masa yang sama, ia mungkin tanda masalah sistem peranakan. Berjumpa dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut. Doktor mungkin akan membuat penilaian samada anda mempunyai endometriosis atau masalah sistem peranakkan yang lain.

Apakah anda memerlukan rawatan?

Sekiranya tiada masalah lain seperti endometriosis atau radang pelvis tetapi anda masih mempunyai masalah sakit semasa haid dan semasa hubungan seks, doktor mungkin menyarankan:
  • Senaman kegel: untuk menguatkan kembali otot yang lemah
  • Pesari: Alat plastik yang yang diletakkan dalam vagina untuk menyokong rahim.
  • Pembedahan: Colposuspension
Apa Itu Rahim Terbalik atau Rahim Retroverted? Apa Itu Rahim Terbalik atau Rahim Retroverted? Reviewed by Unknown on Ogos 12, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

top navigation

Dikuasakan oleh Blogger.