Adakah Clomid Sesuai Untuk Anda?

clomid02

Jika anda berada dalam mana-mana situasi seperti berikut; berusia kurang daripada 35 tahun dan telah berusaha untuk hamil selama setahun atau lebih, atau, berusia lebih daripada 35 tahun dan telah mencuba untuk hamil selama enam bulan atau lebih, dan dalam masa yang sama haid anda tidak teratur,  berkemungkinan ovari anda tidak bertelur sebagaimana orang lain.


Ubat Clomid iaitu ubat subur terkenal atau nama Generik Clomiphene Citrate, mungkin boleh merawat masalah anda.

Clomid bertindak meningkatkan kesuburan wanita dengan menambah bilangan telur matang dalam ovari seterusnya bertindak sebagai perangsang terhadap ovulasi.

Wanita yang mengalami Sindrom Ovari Polisistik (PCOS), yang tidak bertelur dengan teratur mungkin akan mendapat manfaat dari rawatan Clomid kerana sangat berkesan dalam mematangkan telur dalam ovari dan seterusnya mencetuskan ovulasi.

Masalah ovulasi boleh dikesan melalui ujian darah dan ultrasound ovari oleh doktor pakar. Wanita juga boleh mengesan kehadiran ovulasi dengan melakukan kit ovulasi di rumah.

Walau bagaimanapun rawatan Clomid tidak sesuai untuk semua orang. Mereka yang dilarang dari mengambil Clomid termasuklah wanita yang mengalami masalah berikut:
  • Mangalami masalah tiroid atau gangguan endokrin yang lain
  • Mengalami pendarahan faraj yang tidak diketahui sebab
  • Mempunyai endometriosis
  • Mengalami barah rahim
  • Mempunyai Fibroid rahim
  • Mengalami penyakit hati
  • Mengalami sista ovari
  • Mempunyai sebarang penyakit perubatan yang serius atau kronik
  • Ada kemungkinan hamil
Clomid mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri dan pemakanannya perlu dipantau oleh doktor pakar. Adalah penting untuk anda menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu untuk memastikan anda sesuai atau tidak terhadap Clomid.

Adakah Clomid Sesuai Untuk Anda? Adakah Clomid Sesuai Untuk Anda? Reviewed by Unknown on Ogos 11, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

top navigation

Dikuasakan oleh Blogger.