Saya hamil tetapi masih lagi menyusukan anak saya, adakah ia selamat?

menyusyu

Ya, badan anda akan tetap menghasilkan susu yang cukup walaupun anda hamil dan selepas kelahiran anda boleh teruskan penyusuan kedua-dua bayi anda jika anda mahu.

Menyusukan anak semasa hamil adalah selamat jika kehamilan anda tidak bermasalah iaitu anda dan anak dalam kandungan dalam keadaan sihat.
Pastikan anda mengambil makanan yang seimbang supaya anda dan bayi anda mendapat semua nutrien yang diperlukan.
Pada awal kehamilan, puting anda mungkin menjadi sensitif kerana perubahan hormon dan ini boleh menyebabkan kesakitan semasa menyusu. Tetapi jangan risau keadaan ini biasanya akan beransur-ansur hilang.
Badan anda juga akan mengeluarkan hormon oxytocin yang bertindak mengecutkan kelenjar susu supaya susu dapat dirembeskan ke puting anda ( letdown reflex).
Oxytocin adalah hormon yang sama yang bertindak mengecutkan rahim ibu semasa bersalin tetapi rahim kebal terhadap oxytocin pada awal kehamilan sehinggalah akhir kehamilan anda iaitu selepas 37 minggu.

Walau bagaimanapun, anda tidak disarankan untuk terus menyusu jika;
  • Anda pernah mengalami kelahiran pra-matang
  • Anda pernah mengalami keguguran berulang
  • Anda mengalami pendarahan faraj yang tidak diketahui sebabnya
Apabila kehamilan anda memasuki lewat trimester 3, susu badan anda akan bertukar kepada kolostrum. Kolostrum kaya dengan khasiat yang diperlukan oleh bayi baru lahir dan kolostrum dirembes dengan banyak beberapa hari sebelum bersalin.

Bayi tua anda tentu akan merasai perbezaan dari segi rasa susu dan beliau mungkin akan memutuskan untuk berhenti menyusu secara sendiri.
Jangan bimbang jumlah kolostrum dalam susu anda, kerana badan anda akan terus menghasilkan kolostrum sehingga kelahiran bayi baru anda.
Jika bayi anda berusia kurang daripada setahun dan anda menyusu semasa hamil, pastikan anda memantau dengan rapi berat badan bayi anda untuk mempastikan beliau mendapat bekalan susu yang secukupnya.

Saya hamil tetapi masih lagi menyusukan anak saya, adakah ia selamat? Saya hamil tetapi masih lagi menyusukan anak saya, adakah ia selamat? Reviewed by Unknown on Ogos 10, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

top navigation

Dikuasakan oleh Blogger.