Senggugut Tetapi Tiada Haid

sengugut

Ramai wanita mengalami ‘missed period’ sekali sekala, walaupun mereka pasti ia bukan berpunca dari kehamilan, hampir semua wanita meluahkan perasaan risau bila haid mereka lambat. Mereka akan lebih bimbang jika mereka masih mengalami rasa ‘period pain’ walaupun haid tidak datang.

Punca


Kehamilan.
Jika sakit anda dialami sekitar masa haid tetapi tiada pendarahan berlaku, ada kemungkinan besar bahawa anda hamil. Semasa peringkat awal kehamilan, implantasi berlaku di mana janin mula melekat pada dinding rahim. Pada masa ini anda mungkin mengalami sedikit rasa seperti senggugut. Ujian kehamilan yang dibuat 1 minggu selepas itu selalunya akan menunjukkan tanda positif.
Ovulasi Lewat
Haid menjadi lewat kerana ovulasi terjadi lewat dan sakit perut yang anda rasa cuma sebahagian dari PMS iaitu sindrom sebelum haid.
Menopos.
Selalu terjadi pada lewat usia 40’an. Ia bermula dengan kitaran haid yang tidak teratur beberapa bulan sebelumnya. Anda mungkin masih mempunyai rasa senak walaupun haid anda tidak datang.
Kehamilan Ektopik.
Anda hamil tetapi kandungan anda berada di dalam salur peranakan. Ia boleh menyebabkan rasa sakit tanpa sebarang pendarahan faraj.
Sista Ovari
Kehadiran Sista Ovari boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan menghalang haid anda dari terjadi. Ia juga boleh menyebabkan perut senak.
Terlalu Kurus
Masalah gangguan makan seperti anoreksia atau bulimia boleh menyebabkan haid anda terhenti sama sekali dan ia sering disertai dengan masalah sakit pada perut.
Stenosis Serviks atau Serviks Tersumbat
Keadaan berlaku pada liang serviks menjadi sempit dan darah tersekat dalam rahim. Ini jarang terjadi dan kerap disebabkan oleh komplikasi pembedahan pada pangkal rahim seperti biopsi KON.
Kanser Ovari
Barah pada ovari juga kerap dikaitkan dengan haid yang tidak teratur atau lewat yang diikuti dengan rasa senak pada perut.

Tip untuk Melegakan Ketidakselesaan

  • Berbaring dan berehat apabila berlaku senggugut
  • Urut perut anda dengan ubat angin
  • Melakukan senaman, termasuk senaman regangan.
  • Mengambil ubat seperti naproxen atau ibuprofen.
  • Mandi air panas atau meletakkan pad suam pada perut

Sakit masih belum hilang, apa yang saya perlu buat?

Jika sakit masih tidak hilang dan semakin sakit, ia mungkin petanda serius dan elok jumpa doktor dengan segera.
Senggugut Tetapi Tiada Haid Senggugut Tetapi Tiada Haid Reviewed by Unknown on Ogos 09, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

top navigation

Dikuasakan oleh Blogger.