
Apabila anda hamil dan mengalami sakit perut di awal kehamilan ia sememangnya akan menyebabkan anda risau. Anda mungkin tertanya-tanya adakah ia sesuatu yang normal atau disebabkan oleh keadaan yang lebih serius seperti keguguran.
Rasa sengal pada bahagian bawah perut kerap terjadi disebabkan tekanan dari rahim yang membesar. Ia mungkin terasa seperti sakit senggugut tetapi ia ringan dan datang cuma sekali-sekala. Asalkan anda tiada gejala lain, sakit seperti ini adalah normal dan tidak menunjukkan anda mengalami sebarang masalah.
Di sini terdapat beberapa petunjuk untuk membantu anda samada ia normal atau sebaliknya dan mengambil keputusan samada anda perlu berjumpa doktor dengan segera.
Sakit Pada Awal Kehamilan
Perut semakin sakit dan berpanjangan
Setiap kali sakit perut ia menjadi semakin teruk dan berterusan merupakan tanda awal kehamilan. Sakit pada bahagian bawah abdomen samada sebelah kiri atau kanan boleh menjadi petanda kehamilan di luar rahim.Sakit disertai dengan pendarahan faraj
Jika sakit anda disertai dengan pendarahan faraj ia dianggap sesuatu yang serius. Ia mungkin tanda keguguran dan lebih teruk lagi mungkin disebabkan oleh kehamilan di luar rahim yang boleh mengancam nyawa.Sakit disertai dengan pedih semasa kencing
Sakit perut berserta pedih semasa kencing adalah petanda jangkitan kuman pada pundi kencing. Ujian air kencing dengan mudah dapat mengesan masalah ini.Sakit pada lewat kehamilan
Sakit berulang-ulang (intermittent) yang disertai dengan cairan faraj yang bercampur darah
Perut tegang dan kontraksi kerap terjadi pada lewat kehamilan dan ia dianggap normal kalau terjadi sekali-sekala. Tetapi kontraksi yang lebih tetap dan semakin kuat mungkin menunjukkan tanda kelahiran pra-matang. Jika sakit anda disertai dengan pendarahan bercampur lendir atau keluar air jernih dari faraj, anda perlu ke hospital dengan segera.Sakit yang disertai dengan pendarahan faraj
Pendarahan faraj yang banyak dan disertai perut tegang mungkin menunjukkan anda mengalami keadaan yang dipanggil Abruption Placenta. Ia adalah keadaan yang sangat serius dan boleh membahayakan nyawa anda dan bayi dalam kandungan. Segera ke hospital berdekatan secepat mungkin.Sakit pada ulu hati disertai rasa loya atau muntah
Sekiranya anda mengalami tekanan darah tinggi semasa hamil dan tiba-tiba sakit pada pada perut bahagian atas yang disertai rasa loya dan muntah, ia mungkin petanda anda mengalami Pre-eclampsia. Elok berjumpa doktor dengan segera kerana ia sesuatu yang sangat serius.Apa yang anda perlu lakukan?
Kesakitan yang berterusan semasa hamil menunjukkan ada masalah yang serius pada kandungan dan bayi anda. Jumpa doktor anda untuk segera.
Sakit Perut Semasa Hamil, Bila Anda Perlu Risau?
Reviewed by Unknown
on
Ogos 15, 2017
Rating:
Tiada ulasan: