Tiada tanda bersalin selepas 40 minggu, adakah ia normal?

40-minggu.jpg

Apabila tempoh 40 minggu telah sampai dan anda masih tiada tanda-tanda bersalin, anda mungkin menjadi keliru dan tertanya-tanya adakah ia normal.

Cukup Bulan (Term Pregnancy) secara definasinya adalah kandungan yang berusia di antara 38 sehingga 42 minggu. Tarikh Jangkaan yang diberikan oleh doktor anda adalah titik tengah di antara tempoh tersebut.



Kandungan lebih lama daripada 40 minggu sering dikatakan sebagai kandungan ‘postdate’ atau lebih hari. Kajian menunjukkan 9 hingga 10 peratus wanita lahir selepas tarikh jangkaan dan ini adalah sesuatu yang normal.

Walau bagaimanapun, jika tarikh jangkaan anda berdasarkan tarikh terakhir haid anda dan haid anda pula tidak teratur, tarikh jangkaan bersalin anda mungkin tidak tepat. Sebab itulah amat penting untuk anda mengesahkan usia kandungan anda dengan ultrasound supaya ia tidak terlalu jauh berbeza. Ini perlu dilakukan pada awal bulan kehamilan.

Isu yang mungkin timbul
Terdapat beberapa masalah yang boleh timbul jika usia kandungan anda melebihi 40 minggu. Semakin lama bayi berada dalam rahim, bayi menjadi semakin berat dan ini boleh menjurus kepada risiko Pembedahan C-seksyen.

Placenta juga dengan perlahan-lahan akan berhenti memberikan nutrisi dan oksigen kepada bayi dan meningkatkan risiko bayi lemas. Bayi juga cenderung untuk ‘berak meconium’ di dalam kandungan dan sekiranya terjadi ia boleh memberikan komplikasi yang serius terhadap bayi anda.

Bila perlu induce
Sekiranya anda sudah melebihi 40 minggu dan masih tidak ada tanda-tanda bersalin, jangan risau kerana ia normal. Doktor selalunya memberikan masa antara 6 hingga 10 hari lagi untuk memberi peluang agar saat bersalin anda bermula secara semula jadi.

Dalam tempoh tersebut, pemantauan akan dibuat untuk memastikan bayi anda dalam keadaan sihat. Air Ketuban (AFI) dan Fungsi Placenta (Umbilical Artery Doppler) akan dinilai untuk memastikan berada dalam keadaan normal.

Sekiranya anda masih tidak bersalin dalam tempoh yang diberikan, doktor mungkin akan berbincang dengan anda tentang masa yang sesuai untuk dibuat ‘induksi’.

Pemeriksaan faraj akan dilakukan untuk menilai kaedah ‘induce’ yang sesuai kepada anda. Sekiranya pangkal rahim anda sudah terbuka, mungkin doktor akan mencadangkan kaedah Drip (Oxytocin Infusion) atau memasukkan Tablet Faraj (Prostin) sekiranya pangkal rahim masih tertutup rapat.

Dalam keadaan di mana kepala bayi masih tinggi dan berat bayi dijangka melebihi 4kg, doktor mungkin mencadangkan Pembedahan C-section kerana peluang untuk melahirkan secara normal menjadi tipis.

Berbincanglah dengan doktor anda.



Tiada tanda bersalin selepas 40 minggu, adakah ia normal? Tiada tanda bersalin selepas 40 minggu, adakah ia normal? Reviewed by Unknown on Ogos 14, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

top navigation

Dikuasakan oleh Blogger.