Sindrom Asherman dan Kesukaran Hamil

Sindrom-Asherman.jpg

Sindrom Asherman adalah sindrom yang disebabkan oleh parut dan pelekatan dalam rahim. Walaupun Ia sangat jarang terjadi, Sindrom Asherman  boleh menjadi penyumbang kepada masalah keguguran berulang dan kesukaran hamil.


Tanda dan Gejala

Pengidap Sindrom Asherman sering tiada gejala. Walaubagaimanapun gejala yang kerap dilapurkan termasuk
  • Mempunyai aliran haid yang sangat sedikit atau tiada haid langsung.
  • Mereka juga sukar hamil dan kerap mengalami masalah keguguran berulang.
  • Sebahagian kecil wanita mengalami sengugut setiap bulan.

Bagaimana diagnosa Sindrom Asherman dibuat?

Diagnosa tepat dapat dibuat dengan prosedur Hysteroscopy dimana kamera kecil akan dimasukkan kedalam rahim dan dimana parut atau perlekatan (adhesion) boleh dilihat dengan jelas.

Bagaimana ia terjadi?

Punca utama adalah komplikasi dari prosedur D&C yang dibuat selepas keguguran. Jangkitan pelvik yang teruk juga boleh menyebabkan sindrom Asherman walaupun ia jarang terjadi. Jangkitan tuberkulosis rahim juga boleh menjurus kepada sindrom Asherman.

Selepas berlaku D&C, parut terjadi dalam rahim menyebabkan dinding rahim (endometrium) melekat (fuse) di antara satu sama lain. Perlekatan (adhesion) boleh terjadi pada keseluruhan dinding rahim atau sebahagian daripadanya.

Merawat Sindrom Asherman

Rawatan melibatkan pembedahan untuk membuat parut yang ada dan mengurangkan risiko parut membentuk semula. Ia selalunya menggunakan kaedah Hysteroscopy.

Untuk mengurangkan risiko perlekatan semula, doktor mungkin menyarankan belon kecil, jel Asid
Hyaluronic atau IUD diletakkan dalam rahim selepas pembedahan pembuangan parut untuk mengelakkan dinding rahim menjadi rapat semula.

Rawatan hormon estrogen juga mungkin akan diberikan boleh mempercepat proses pemulihan. Pesakit juga mungkin perlu menjalani hysteroscopy berulang jika perlu.

Walaubagaimanapun, tiada cara rawatan tepat setakat ini yang boleh menyembuhkan Sindrom Asherman terutama kepada kes yang sudah teruk dan kronik.
Sindrom Asherman dan Kesukaran Hamil Sindrom Asherman dan Kesukaran Hamil Reviewed by Unknown on Ogos 18, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

top navigation

Dikuasakan oleh Blogger.