Tanda Awal Kanser Yang Anda Perlu Tahu

wanita-risau

Sekiranya anda mempunyai sanak keluarga yang mengalami kanser, anda mungkin akan lebih proaktif untuk mengetahui tentang tanda awal kanser . Mengetahui tanda-tanda amaran awal kanser
boleh membantu mencegah kanser daripada terus tumbuh atau merebak.


Terdapat pelbagai Kanser dan gejala mereka berbeza beza. Jika anda mengalami mana-mana gejala berikut, anda perlu berjumpa dengan doktor anda secepat yang mungkin.

Kanser Pundi kencing dan buah pinggang
Terdapat darah dalam air kencing yang mungkin disertai dengan sakit semasa membuang air kecil. Gejala Lain termasuk kerap mendapat jangkitan pundi kencing.
Kanser Payudara
Ketulan keras yang tidak sakit. Kulit kemerahan dan puting tertarik kedalam boleh menjadi tanda kanser Payudara.
Kanser Serviks, endometrium, dan rahim
Pendarahan kecil selepas hubungan seks atau pendarahan di tengah bulan.
Kanser Colon
Terdapat darah dalam najis. Ciri birit berterusan, sembelit dan perut kembung.
Kanser tekak
Batuk berterusan, sakit tekak atau suara serak yang boleh menjadi tanda anda mungkin mengalami kanser tekak
Leukemia ( kanser darah)
Pucat, keletihan berpanjangan, kehilangan berat badan, jangkitan berulang, hidung berdarah, sakit tulang atau sendi, dan mudah lebam adalah tanda-tanda amaran kemungkinan anda leukemia.
Kanser paru-paru
Batuk berterusan, kahak berdarah, rasa berat di dada, atau sakit dada boleh menunjukkan kanser paru-paru.
Kanser Mulut
Terdapat ulser kronik (sakit) pada mulut, lidah atau tekak yang tidak sembuh.
Kanser ovari
Malangnya wanita sering tidak mengalami tiada tanda-tanda sehinggalah ia pada peringkat akhir. Gejala peringkat lewat termasuk penurunan berat badan, keletihan, rasa kembung, dan sakit perut.
Kanser Pankreas
Pesakit biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala sehinggalah kanser telah berkembang ke peringkat akhir apabila anda mungkin perasan kulit berwarna kuning (jaundis) atau senak dalam perut atau tulang belakang.
Kanser Perut
Muntah darah atau mengalami senak kerap dan sakit selepas makan, atau penurunan berat badan. Ini juga boleh menjadi tanda-tanda ulser perut.

 

Tip untuk mencegah Kanser

Bersenam secara tetap: Minimum 30 minit 3-4 kali seminggu. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa senaman boleh mengurangkan risiko mendapat kanser sekurang-kurangnya 30 peratus.

Makan makanan yang sihat dan seimbang: Elak dari diet yang mengandungi gula yang tinggi. Makan diet berserat tinggi dan kurangkan makan daging.  Amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Berhenti merokok: Asap rokok boleh meningkatkan risiko kanser anda sebanyak 30 peratus.

Jangan merokok dan minum alkohol: Merokok digabungkan dengan alkohol telah terbukti untuk meningkatkan risiko kanser dengan ketara terutamanya untuk kanser mulut dan esophagus.

Buat Ujian Pap secara rutin: Pemeriksaan Pap boleh mengesan peringkat kanser pangkal rahim awal seterusnya kanser tersebut dapat dirawat dengan jayanya.

Mammography atau MMG: MMG disarankan kepada wanita yang berusia 40 tahun ke atas tetapi jika pesakit mempunyai sejarah keluarga dengan kanser payudara, mungkin mereka boleh memulakan MMG pada usia yang lebih muda.

Amalkan Seks Selamat: Gunakan kondom sekiranya anda atau pasangan anda dijangkiti kuman HPV atau jangkitan kelamin yang lain.

Dapatkan injeksi Vaksin: Kajian telah menunjukkan vaksin HPV berkesan untuk melindungi wanita dari HPV dan keberkesanannya menjadi optimal sekiranya injeksi diambil sebelum mereka aktif secara seksual.
Tanda Awal Kanser Yang Anda Perlu Tahu Tanda Awal Kanser Yang Anda Perlu Tahu Reviewed by Unknown on Ogos 19, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

top navigation

Dikuasakan oleh Blogger.