Penyakit Kelamin atau Sexually Transmitted Diseases (STD) adalah jangkitan yang berpunca dari hubungan seks. Ia boleh menyebabkan kesakitan pada perut ari-ari , sakit semasa seks, gatal faraj dan sebagainya. Sesetengah STD sangat serius dan boleh membahayakan nyawa. Kebanyakkan STD berlaku pada kalangan wanita muda iaitu 20-30 tahun.
Kebanyakkan dari kaum lelaki yang mengalami STD mengalami tanda-tanda yang jelas sebaik sahaja mereka diserang STD dan mendapatkan rawatan tepat pada masanya. Walaubagaimanapun bagi mereka yang tidak menyedari, ia akan menyebabkan jangkitan pada bahagian testis dan seterusnya menyebabkan penyumbatan berlaku pada salur testis seterusnya ketidaksuburan.
Wanita pula tidak mempunyai tanda-tanda yang jelas menyebabkan mereka lambat untuk mendapat rawatan. Jangkitan kuman boleh merebak kedalam sistem peranakan dan apabila salur fallopia tersumbat, infertili tidak dapat dielakkan.
Bagaimana ia berjangkit
Ia berjangkit melalui hubungan seks ataupun melalui cecair badan. Contoh-contoh transmisi jangkitan termasuk:- Seks melalui faraj
- Seks melalui oral
- Bersentuh dengan cecair yang mengandungi kuman pada kulit luka
- Bersentuh dengan air mani, darah atau air kencing
- Mengunakan jarum dadah yang sama
Jenis-jenis STD
Terdapat beberapa jenis STD. Tanda-tandanya adalah berbeza-beza bergantung pada jenis jangkitan yang anda dapat. Jenis-jenis STD yang kerap terjadi termasuklah:- Chlamydia
- Gonorrhea
- Syphillis
- HIV/AIDS
- Herpes
- Genital warts
- Trichomoniasis
- Hepatitis B
- Hepatitis C
- Kutu pubis
STD dan ketidaksuburan
Sesetengah STD mempunyai kesan yand serius terhadap sistem peranakan anda sekiranya ia tidak dirawat. Malangnya,disebabkan oleh tanda-tanda yang tidak jelas, ramai pesakit tidak mendapat rawatan pada waktu yang sepatutnya. Ini menyebabkan ramai yang mengalami masalah ketidaksuburan.Kebanyakkan dari kaum lelaki yang mengalami STD mengalami tanda-tanda yang jelas sebaik sahaja mereka diserang STD dan mendapatkan rawatan tepat pada masanya. Walaubagaimanapun bagi mereka yang tidak menyedari, ia akan menyebabkan jangkitan pada bahagian testis dan seterusnya menyebabkan penyumbatan berlaku pada salur testis seterusnya ketidaksuburan.
Wanita pula tidak mempunyai tanda-tanda yang jelas menyebabkan mereka lambat untuk mendapat rawatan. Jangkitan kuman boleh merebak kedalam sistem peranakan dan apabila salur fallopia tersumbat, infertili tidak dapat dielakkan.
Mencegah STD
Amat penting bagi wanita mengetahui cara terbaik untuk mencegah dari terkena jangkitan STD ini. Sila guna tip-tip :- Selalulah mengunakkan perlindungan seperti kondom setiap kali hubungan seks
- Dapat ujian untuk jangkitan STD secara regular
- Bertanyalah dengan pasangan anda sekiranya dia pernah mengalami masalah STD sebelumnya atau tentang sejarah seks beliau
Penyakit Kelamin (STD)
Reviewed by Unknown
on
Mac 01, 2014
Rating:
Tiada ulasan: