Fibroid Rahim

bertangkalFibroid (leiomyomata) adalah ketumbuhan bukan kanser yang tumbuh di dalam atau di luar rahim wanita. Fibroid terjadi daripada sel-sel otot rahim yang normal dan mula berkembang menjadi tidak normal. Apabila sel berlipat ganda, ia membesar dan menyebabkan rahim menjadi bengkak, kadang-kadang berlipat kali ganda besar dari saiz rahim yang asal.

Faktor yang menyebabkan terjadinya fibroid

Fibroid sangat kerap terjadi. Kajian menunjukkan 25% wanita mengalami fibroid dan kebanyakkannya terlalu kecil untuk memberikan sebarang gejala. Diagnosa fibroid kerap dikesan secara tidak sengaja semasa ujian ultrasound untuk masalah lain.
Tidak ada kepastian tepat tentang apa yang menyebabkan fibroid terjadi, tetapi kajian menunjukkan ketumbuhan ini bergantung kepada kehadiran hormon estrogen. Fibroid tidak terjadi pada kanak kanak disebabkan kekurangan hormon estrogen dan ia mengecut atau hilang selepas menopaus dimana apabila tahap estrogen jatuh.

Faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi pertumbuhan fibroid

  • Tidak Pernah Hamil. Wanita yang tidak pernah hamil lebih berisiko untuk mendapatkan fibroid.
  • Haid awal. Wanita yang mengalami haid pertama sebelum usia 10 tahun lebih cenderung untuk mengalami fibroid.
  • Pil perancang. Wanita yang mengambil pil perancang adalah kurang berisiko untuk mendapat fibroid.
  • Sejarah Keluarga. Wanita yang mempunyai ibu atau adik-beradik yang mempunyai fibroid rahim adalah lebih cenderung untuk mengalami fibroid juga.

Jenis-jenis Fibroid Rahim

Fibroid terhasil dari otot otot rahim yang tumbuh secara tidak normal. Jenis-jenis fibroid dikelaskan mengikut tempat di mana ia tumbuh dalam rahim.
  • Fibroid Intramural adalah fibroid yang tumbuh di dalam dinding rahim.
  • Fibroid submucosal tumbuh di bawah lapisan dinding dan kadang kadang menonjol ke dalam rahim.
  • Fibroid Subserosal  tumbuh di permukaan luar rahim.
  • Fibroid pedunculated biasanya tumbuh di luar rahim cuma bercantum sedikit dengan rahim atau bertangkai.
Fibroid boleh tumbuh dalam pelbagai saiz, bentuk dan bilangan.

Simtom atau Gejala Fibroid Rahim

Kebanyakan wanita tidak ada simtom atau gejala sama sekali. Wanita selalunya tidak menyedari bahawa mereka mengalami fibroid. Tetapi sekiranya berlaku gejala, ia selalunya berkait dengan jenis fibroid submucosal atau intramural.

Gejala yang kerap terjadi

  • Tempoh haid yang panjang
  • Pendarahan yang banyak
  • Sengugut
  • Kembung
  • Sakit pelvis
  • Sembelit
  • Kerap kencing
  • Sakit semasa hubungan seks
Sebahagian pakar percaya bahawa sesetengah fibroid boleh mengganggu kesuburan dan kehamilan. Sebagai comtoh, fibroid submucosal boleh menyekat implantasi embrio (implantation) yang boleh menjurus kepada keguguran berulang.

Bagaimana Diagnosa boleh di buat

1. Ultrasound (US)

Sekiranya fibroid terlalu besar ia boleh dirasa dengan tangan tetapi sekiranya ia bersaiz kecil atau sederhana, fibroid dengan senang dapat dilihat dengan mengunakan ujian ultrasound.

2. Pengimejan resonans magnet (MRI)

MRI pengimbas magnet dapat memberikan diagnosa dengan sangat terperinci tentang struktur rahim dan organ sekelilingnya. Selalunya MRI dibuat sekiranya imej melalui US tidak jelas.

3. Histeroskopi

Selalunya dijalankan untuk membuat diagnosa fibroid submucosal. Sejenis alat kecil yang berkamera pada hujungnya akan dimasukkan ke dalam rahim untuk melihat fibroid. Prosedur ini boleh dijalan secara pesakit luar.

Rawatan Fibroid

Fibroid yang membawa masalah boleh dirawat dengan pilihan bukan pembedahan atau pembedahan.
  • Tunggu dan lihat-Cuma segelintir kecil akan mengalami mengucutan fibroid secara semulajadi. Kebanyakannya akan membesar selepas beberapa tahun.
  • Pil Hormon-Pengambilan pil hormon boleh membantu mengurangkan haid yang banyak
  • Injeksi Hormon-Boleh membantu mengurangkan saiz fibroid untuk sementara waktu sahaja.  Ia diberikan sebagai persediaan pembedahan kerana ia boleh mengurangkan komplikasi pembedahan terutamanya myomectomy.
  • Mirena-Bertindak mengurangkan darah haid sahaja. Tidak akan mengurangkan saiz fibroid.

Rawatan tambahan

Wanita yang mengalami kekurangan darah akan diberikan suplemen zat besi untuk menaikan tahap hemoglobin sebelum pmbedahan.fibroid3

Pembedahan

1. Pembedahan myomectomy

Ia dilakukan kepada mereka yang berhasrat untuk mempunyai anak. Selalunya dilakukan pada mereka yang berusia kurang dari 40 tahun. Walau bagaimanapun, fibroid baru mungkin akan tumbuh dan wanita mungkin akan mengalami pembedahan kedua, ketiga dan seterusnya. Myomectomy boleh dilakukamengunakan teknik laparoskopi.

2. Hysterectomy:

Pembedahan untuk membuang keseluruhan rahim termasuk fibroid. Sering dilakukan kepada mereka yang tidak lagi menginginkan anak. Histerektomi menyembuhkan dan menghalang fibroid dari tumbuh semula.
Ia boleh dilakukan melalui pembedahan abdomen atau laparoscopi.

3. Uterine Artery Embolization (UAE)

UAE adalah satu prosedur di mana salur darah yang memberi makanan kepada fibroid disekat dengan dengan partikel khas. Ia akan menyebabkan fibroid kecut secara beransur-ansur tetapi tidak semua jenis fibroid sesuai menjalani prosedur ini.


Fibroid Rahim Fibroid Rahim Reviewed by Unknown on April 05, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan:

top navigation

Dikuasakan oleh Blogger.