Hysteroscopy

HysteroscopyHysteroscopy adalah cara untuk doktor melihat lapisan dalam rahim dengan mengunakan satu alat khas yang mempunyai berkamera kecil dihujungnya. Ia adalah prosedur kecil yang membolehkan pesakit pulang dalam hari yang sama.
Hysteroscopy dilakukan untuk mencari punca pendarahan faraj yang tidak normal atau pendarahan yang berlaku selepas menopos. Ia juga boleh dilakukan untuk melihat sebarang  masalah dalam rahim yang boleh menghalang wanita daripada hamil (infertiliti). Di samping itu Hysteroscopy boleh digunakan untuk membuang ketumbuhan dalam rahim, seperti fibroid atau polip.
Doktor juga mungkin mengambil sampel tisu (biopsi) dalam masa yang sama. Sampel akan dilihat di bawah mikroskop untuk sebarang masalah.

Masalah Masalah Di mana Hysteroscopy Di Sarankan

  • Untuk mencari punca pendarahan faraj yang teruk dan tidak normal dan dalam masa yang sama cuba menghentikan pendarahan tersebut.
  • Melihat sama ada terdapat masalah atau parut dalam rahim yang boleh menjadi punca gagal hamil.
  • Melihat ostium iaitu lubang tiub fallopio samada ia tersumbat
  • Menyiasat punca keguguran berulang.
  • Mencari IUD ( alat dalam rahim) yang tertinggal atau hilang
  • Membuang fibroid kecil dan polip
  • Mengenal pasti kanser rahim

Persediaan Sebelum Hysteroscopy

Pastikan anda tidak hamil dan tidak mengambil sebarang ubat yang pencair darah seperti aspirin atau warfarin. Sekiranya anda mengalami jangkitan STD (penyakit kelamin) dalam masa 6 minggu sebelumnya, beritahu doktor anda.
Berpuasa 6 jam sebelum masa yang di jadualkan. Sekiranya anda makan, pembedahan anda boleh dibatalkan dan dijadualkan semula pada hari yang lain.

Apa yang berlaku di bilik bedah

Anda akan diberikan gaun pembedahan dan disarankan untuk mengosongkan pundi kencing anda sebelum ujian. Anda kemudian akan dihantar ke bilik pembedahan di mana akan akan berjumpa dengan doktor bius yang akan memberikan penerangan tentang kaedah bius. Kemungkinan besar anda akan diberikan ubat bius umum tetapi selalunya doktor akan berbincang tentang kaedah yang terbaik untuk anda.
Sekiranya bius umum diberikan, anda tidak akan sedar sepanjang pembedahan dan tidak mempunyai sebarang memori tentang pembedahan tersebut tetapi sebelum pulang biasanya doktor akan menerangkan tentang apa yang ditemui semasa prosedur.
57
Polip endometrium

Bagaimana ia dilakukan

Faraj anda akan dibersihkan dengan sabun khas untuk mematikan semua kuman.
Doktor akan memasukkan alat yang dipanggil spekulum ke dalam faraj anda supaya doktor untuk melihat keadaan sekeliling faraj dan mengenalpasti serviks (pangkal rahim) anda.
Hysteroscope akan ditolak perlahan-lahan bergerak melalui serviks ke dalam rahim anda. Air akan disalurkan melalui hysteroscope ke dalam rahim bagi membantu doktor anda melihat lapisan rahim dengan jelas.
Hysteroscope bersambung ke monitor TV dan imej diperbesarkan untuk melihat lapisan rahim anda dengan lebih jelas. Doktor juga akan melihat tiub fallopio untuk mempastikan ia normal dan tidak tersumbat.
Jika prosedur biopsi atau pembedahan kecil dilakukan, doktor akan menggunakan alat-alat kecil melalui hysteroscope itu untuk mengambil sampel dan membuang sebarang ketumbuhan yang ada. Hysteroscopy selalunya mengambil masa kira-kira 30 minit

Selepas hysteroscopy

Mungkin anda akan merasa sedikit kekejangan perut, sakit tekak dan serak yang selalunya akan hilang selepas beberapa hari. Anda boleh mengunakan ubat kumur atau Lozenges jika perlu.
Anda dinasihatkan mengelak daripada melakukan hubungan seksual atau bersukan aktif untuk sementara waktu kerana ia mungkin boleh menyebabkan pendarahan dan jangkitan kuman.

Risiko

Air yang digunakan semasa Hysteroscopy untuk membantu doktor anda melihat lapisan rahim jelas, boleh menyebabkan anda merasa kembung. Hysteroscopy boleh menyebabkan serviks luka, jangkitan kuman pada rahim. Risiko tembus rahim juga boleh terjadi tetapi ia sangat jarang berlaku.

Semasa Tempoh Pemulihan

Selepas prosedur, anda akan dibawa ke bilik
pemulihan di mana jururawat akan menjaga dan memerhatikan anda untuk sebarang komplikasi. Sekiranya anda sudah stabil dan sedar sepenuhnya, anda akan dibenarkan pulang.
Adalah perkara biasa sekiranya anda mengalami sedikit pendarahan faraj untuk sehari dua selepas hysteroscopy. Anda juga mungkin merasa sedikit tidak selesa pada ari-ari tetapi ia selalunya akan hilang selepas beberapa hari.
Hubungi doktor anda jika anda
Pendarahan faraj yang banyak. atau melepaskan (lebih daripada tempoh haid yang normal)
  • Demam
  • Kejang pada perut berpanjangan
  • Masalah kencing
  • Sesak nafas
  • Muntah



Hysteroscopy Hysteroscopy Reviewed by Unknown on April 02, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan:

top navigation

Dikuasakan oleh Blogger.