Kaki saya bengkak semasa hamil, adakah saya perlu risau?
Jawapan:
Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada kaki dan buku lali bengkak semasa hamil. Sebagai persediaan untuk melahirkan, badan anda bukan sahaja menghasilkan malah mengekalkan lebih cecair semasa mengandung. Begitu juga dengan rahim anda yang semakin membesar memberikan tekanan kepada urat vena anda. Ini akan mengurangkan pulangan darah ke jantung anda dan memberikan bengkak pada betis dan pergelangan kaki. Kaki dan buku lali bengkak semasa hamil adalah perkara biasa dan kebanyakannya hilang selepas bersalin.
Tip untuk mengurangkan bengkak
- Elakkan berdiri atau duduk untuk tempoh yang panjang. Jangan bersilang kaki. Jika boleh, tinggikan kedudukan kaki dan buat senaman buku lali dengan memutar-mutarkan kaki.
- Pakai pakaian longgar. Elakkan kaki seluar ketat atau barang kemas sekitar buku lali dan pergelangan tangan anda.
- Tidur mengiring. Naikkan kedudukan kaki anda sedikit dengan mengunakan bantal.
- Dinginkan bilik tidur anda. Suhu tinggi boleh memburukkan bengkak semasa hamil. Kalau terlalu bengkak, rendam kaki dalam air sejuk.
- Berendam di dalam tab mandi yang besar atau kolam. Berat air yang menekan badan anda boleh membantu mengurangkan bengkak.
- Aktifkan diri. Buat aktiviti fizikal secara rutin seperti berjalan, berenang atau menunggang basikal statik.
Walaupun kaki ringan dan buku lali bengkak semasa kehamilan adalah normal, tetapi bengkak melampau semasa hamil boleh memberi isyarat kecemasan yang anda mungkin mengalami masalah kesihatan.
Hubungi doktor anda jika anda mempunyai:
- Bengkak hanya pada satu kaki
- Bengkak secara tiba tiba dengan melampau.
Bengkak teruk atau secara tiba-tiba boleh menjadi tanda serius yang dipanggil preeclampsia. Tanda-tanda dan gejala pre-eclampsia lain termasuk sakit kepala yang teruk, penglihatan kabur dan kenaikan berat badan yang mendadak. Bengkak pada satu kaki pula - terutamanya jika ia disertai dengan sakit pada betis atau paha boleh menunjukkan tanda darah beku. Kedua-dua keadaan ini memerlukan rawatan segera.
Bengkak Kaki Semasa Hamil
Reviewed by Unknown
on
April 24, 2016
Rating:
Tiada ulasan: